Keputusan Temuduga SPA Pegawai Siasatan Gred P41

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Setelah menjalani pahit getir mengharungi sesi pemilihan Pegawai Siasatan Gred P41 yang penuh mencabar. Tapi rezeki itu milik Maha Esa Allah S.W.T. dan ada baiknya kita berjaya atau gagal dalam sesuatu perkara tersebut. Jadi admin ingin share sikit jalan cerita jawatan pegawai siasatan gred P41 ini, pertama sekali jawatan ini merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mungkin ramai tidak tertarik untuk berkhidmat sebagai pegawai yang ingin mencegah gejala Rasuah ini. Tak kot saya cerita lebih pasal rasuah sebab kita tidak menyedari yang rasuah setiap hari berlaku.

moto-sprm

 

Memang rasa terharu sebab terpilih untuk menghadiri ke tapisan pertama iaitu Ujian Fizikal yang berlangsung di Johor Bahru. Saya amat berpuas hati kerana pihak SPA Malaysia telah menjalankan tanggungjawab dengan adil apa yang saya nampak. Seharian menjalani ujian fizikal disana pada 30/5/2016 kalau tak silap, banyak pengalaman yang akan anda dapat melalui tapisan tersebut. Ada banyak peringkat yang dilakukan oleh SPRM dalam ujian fizikal terutama ujian BMI yang sangat ketat, ujian mata,ujian warna, dan terakhir ujian lari 2.4km dalam masa 14minit. Jangan risau semua itu akan anda dapat lakukan dengan baik.

sprm-1

 

Setelah seminggu dua keputusan berjaya ujian fizikal dikeluarkan dengan membuat semakan di Link Keputusan Temuduga SPA Pegawai Siasatan Gred P41 Ini atau melalui email rasmi anda, kemudian anda akan dipanggil untuk menghadiri Sesi terakhir iaitu sesi kalah mati bro, sesi temuduga yang sangat bahaya. Sungguh tidak bernasib baik buat saya dan juga rakan rakan yang lain kerana tidak berjaya dalam sesi temuduga ini. Tapi ada yang saya boleh share disini bersedialah dengan soalan soalan yang bakal membuat anda hilang keyakinan diri. Dan Ingat janga lupa penampilan yang kemas, kalau ada pin satu malaysia pakai, kalau ada nama tag sila pakai kalau tak ada korbankan duit buat, jangan lupa latar belakang badan jawatan tersebut.

sprm-pic

Antara Maklumat yang perlu dikemaskini dan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

 

1. Dokumen Asal Dan Salinan;

a. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c. Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf;
d. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e. Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f. Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g. Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
h. Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

2. Anda dikehendaki membawa ‘resume’ bergambar yang ringkas dan padat.

3. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. “Resume” dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.

4. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

5. Keputusan temu duga boleh diketahui dengan melayari Portal Rasmi SPA atau aplikasi mobile mySPAv2 atau SMS ke 39111 dengan menaip: SPAKEP<ruang>no.kad pengenalan<ruang>kod skim.

6. Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti.

7. Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Kebiasaanya selepas sesi temuduga makan masa dalam 2 minggu ke 3 minggu untuk dapat Keputusan Temuduga SPA Pegawai Siasatan Gred P41 temuduga tapi anda jangan terlalu yakin kerana keputusan tersebut terletak pada Panel yang temuduga anda. Ye memang akan menghantui anda jika tak dapat jawab soalan dari mereka tu,tapi jangan risau mereka menjalankan tugas sahaja jadi kenalah bersaing dengan yang lebih pakar diluar sana.

Selamat maju jaya.

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

29 thoughts on “Keputusan Temuduga SPA Pegawai Siasatan Gred P41

    • December 12, 2016 at 2:29 pm
      Permalink

      welcome dear.

      Reply
  • January 24, 2017 at 11:04 am
    Permalink

    salam..saya lulus temuduga pegawai siasatan ini..sekarang tengah tunggu tarikh lapor diri..

    Reply
    • January 24, 2017 at 2:05 pm
      Permalink

      Alhamdulilah, tahniah geng. Selamat jalani latihan serta berkhidmat demi Agama dan Negara ye. Hehe apa apa boleh share kat number brader 0136265107

      Reply
    • January 27, 2017 at 1:43 pm
      Permalink

      As-salam..dah dapat ke surat panggilan lapor diri jawatan p41 tu?

      Reply
      • February 1, 2017 at 4:48 pm
        Permalink

        Wassalam, saya hanya calon simpanan je.. tak berjaya temuduga.. Kena cuba lagi..

        Reply
        • February 5, 2017 at 5:30 am
          Permalink

          In shaa Allah…ada rezeki lain nnt..perancangan Allah tu yg terbaik

          Reply
        • March 1, 2017 at 3:16 am
          Permalink

          same lah kita, saya pun calon simpanan sahaja.. tggu sambil gigit jari sahaja lah..

          Reply
          • March 3, 2017 at 4:17 pm
            Permalink

            xpe bro.. janji kita masih dikurniakn kerja. Tahun akan datang boleh cuba lagi.. hehe apa ape nak borak leh wasap saya 0136265107

      • February 15, 2017 at 2:12 pm
        Permalink

        wassalam. Saya dah dapat surat lapor diri p41..ada sapa2 lagi yang dapat tak>?

        Reply
        • February 16, 2017 at 8:31 pm
          Permalink

          bila lapor diri??? mohon text saya 01112027107

          Reply
        • February 17, 2017 at 1:45 am
          Permalink

          mohamad, bila awk dapat surat lapor diri? awk calon simpanan ke?

          Reply
          • February 20, 2017 at 3:00 pm
            Permalink

            xdapat surat.. sebab calon simpanan

        • February 17, 2017 at 8:40 am
          Permalink

          Bro wasap aku 01112027107

          Reply
    • May 3, 2017 at 7:09 am
      Permalink

      Berapa ramai calon yang lapor diri tuan?

      Reply
  • March 6, 2017 at 12:34 pm
    Permalink

    wan temuduga kat mana?

    Reply
  • May 1, 2017 at 1:52 pm
    Permalink

    Salam semua…saya calon simpanan lantikan untuk jawatan ini. Kebiasaanya SPRM akan serap tak calon simpanan ke lantikan tetap utk jawatan ini?

    Reply
    • May 2, 2017 at 4:12 pm
      Permalink

      wassalam, setahu saya calon simpanan ada peluang selama setahun utk ditawarkan ke jawatan tetap. itu pun jika ada kekosongan dalam tempoh tahun tersebut.

      Reply
      • May 3, 2017 at 6:20 pm
        Permalink

        Terima kasih En. Hafizi atas info di atas. Jika En. Hafizi @ sesiapa di sini ada info mengenai pengambilan baru tahun ini serta peluang untuk calon simpanan ke jawatan ini, minta jasa baik berkongsi dengan rakan – rakan lain di sini.

        Reply
    • May 17, 2017 at 6:54 am
      Permalink

      Sedih menanti SPRM hehehe.

      Reply
  • May 17, 2017 at 7:26 am
    Permalink

    Tulaa Pasaiii, Due date nama simpanan pun dah dekat..

    Reply
  • May 22, 2017 at 1:39 pm
    Permalink

    Saya sekarang dalam training sprm..p41..bulan september ni kitorg habis..

    Reply
    • May 23, 2017 at 10:22 am
      Permalink

      Tahniah king mercun.. kami tak dapat sedih menunggu. Macam mane training?boleh share sikit kat num ni 0136265107.

      Reply
    • May 29, 2017 at 4:51 am
      Permalink

      Mcm mna training tuan? ada dengar cerita untuk calon simpanan akan diserap masuk tak.

      Reply
      • May 31, 2017 at 1:30 am
        Permalink

        Training okay jer. Mungkin 2018 ada intake terbaru. Kena senstisa update spa..

        Reply
  • May 31, 2017 at 1:29 am
    Permalink

    Okay jer training.. Saya rasa tahun 2018 akan ada intake terbaru. Jadi kena sentiasa update SPA laa..ramai2 mintak laa..kalau tahun depan ada panggilan utk ujian fizikal maknanya akan ada laa intake tahun 2018..

    Reply
    • September 19, 2017 at 1:41 pm
      Permalink

      Salam bro, dah habis kursus kan? Agaknya bila lantikan baru khususnya utk calon simpanan macam kami ni? Ada info x?

      Reply
      • September 19, 2017 at 3:57 pm
        Permalink

        wassalam, betul tu dah abis kursus dah.. dengar citer akan di bukak lagi.. sabar menunggu ya

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge