Aktiviti Keluarga Dengan Memasak Burger Ramly

Assalamualaikum Dan selamat hari Raya maaf zahir Dan batin tahun 2020. Aktiviti Keluarga Dengan Memasak Burger Ramly dapat menghiburkan anda semua. Mungkin ada kekurangan dalam post kali ini sebab baru belajar. Harap ada yang sudi subsribe channel youtube kami ini.

Jom masak burger di rumah

Tahun ini dunia Dan negara digemparkan dengan wabak COVID-19. Diharapkan wabak ini dapat dihapuskan dari muka bumi Allah ini. Dalam kesempatan ini saya Dan isteri tergerak untuk membuat video Di YouTube seperti akak sugu Dan abang sazali samad. Jika ada yang subscribe mereka mesti rasa teruju untuk tunggu video seterusnya.

Mat Salleh Masak Burger

Apa yang video atau niche yang sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin? Jadi kami ambil contoh akak sugu iaitu video masakan ala ala chef tapi hasil memang power. Berbekalkan smartphone jenama Huawei mate 10, kami pun buat la video masakan yang pertama iaitu Burger Ramly. Jom didik anak anak dengan masak masakan yang mudah seperti burger. Kalau nak up level boleh la belajar buat kek.

Aktiviti Keluarga Dengan Memasak Burger Ramly dapat memupuk nilai kekeluargaan bersama Anak anak. Berbekal kan dapur mudah alih jenama hanabishi ni dapat la kami masak burger Ayam Ramly. Disebabkan zaman PKPB susah untuk dapatkan burger kampung yang panas panas? Jom kita buat dirumah kerana Aktiviti Keluarga Dengan Memasak Burger Ramly dapat berkongsi Rezeki.

Youtube video link

Antara Bahan untuk membuat Burger Ramly Di Rumah:-

  • Roti Burger boleh cari Dimana mana kedai, saya pilih jenama daisy
  • Daging atau Ayam Ramly 50g
  • Sayur yang sesuai untuk buat burger iaitu timun, salad, kubis, Dan tomato
  • Cheese ikutlah korang suka yang macam mana
  • Telur Ayam kalau nak salut dengan Ayam ramly
  • Mayonis, sos cili, Dan sos BBQ
  • Tidak dilupakan sos perasa maggie

Selamat mencuba ya, Dan share la post ini Di Wall fb anda. Dan mohon tolong klik subscribe Dan tekan loceng ya. Mana tahu ramai yang suka, boleh buat video lain. Sekian terima kasih sudi membaca Dan menonton channel YouTube Hafizi Hamsan Network.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

2 thoughts on “Aktiviti Keluarga Dengan Memasak Burger Ramly

  • June 8, 2020 at 12:41 pm
    Permalink

    Dua tiga kucing berlari,
    Mana nak sama si kucing belang.
    Burger Ramly buat sendiri,
    Mana nak sama beli di kilang.

    Reply
    • June 22, 2020 at 1:10 pm
      Permalink

      Hehe baik baik, dah Cuba buat belum?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge