Promosi Buffet Ramadhan Di Villa Istana Melaka
Assalamualaikum bagi menyambut bulan puasa saya ingin memperkenalkan Promosi Buffet Ramadhan Di Villa Istana Melaka Malaysia. Tempat best untuk berbuka puasa di Melaka semestinya Villa Istana Melaka Ayer Keroh. Baru baru ini pihak pengurusan telah menawarkan promosi harga buffet ramadhan antara yang termurah di Melaka. Gabungan Sajian Menu Buffet Ramadhan di Villa Istana melaka bermula dari tradisional dan moden.
Konsep hidangan menu dengan 13 gerai pilihan bermula dari kambing grill, roti john adik manis, char kuey teow, juadah menu berasaskan mee, ayam percik villa istana, juadah pisang goreng, sushi, ayam gunting, buah buahan segar, lok lok ipoh, ABC mountain, kuih 10 jenis, aneka minuman panas dan sejuk.
Saya memang minat dengan konsep gerai,salah satu sebab dapat bakar lemak. Di Villa Istana Melaka menjamin sajian makanan bertaraf 5 bintang bagi memenuhi citarasa ramai. Jangan risau kalau makanan habis, kerana mereka akan memastikan makanan sentiasa penuh.
Kalau waktu berbuka puasa, mesti ramai yang ingin keselesaan tempat makan serta ruang solat. Ini kerana tanggungjawab pihak Villa Istana bagi memastikan ada bilik solat khas yang luas. Bagi yang dari luar melaka pihak villa juga menyediakan bilik penginapan ekslusif menyikut kesesuaian anda.
Promosi Buffet Ramadhan Di Villa Istana Melaka menawarkan harga serendah RM45 bagi dewasa (Harga asal RM49,jimat RM4) dan RM35 bagi kanak-kanak serta warga emas (Harga asal RM39,jimat RM4). Bagi mendapatkan tawaran hebat ini hendaklah membuat tempahan awal sebelum 24 April 2020.
Jadi apa tunggu lagi, inilah masa untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan sekerja, dan pasangan hidup anda. Jika anda ingin membuat tempahan berkumpulan digalakkan awal melalui pihak Villa Istana Melaka bukan saya ye. Bagi merealisasikan majlis peribadi, keluarga dan korporat, terdapat 2 buah dewan yang didekorasi indah. Iaitu Dewan DeFrasia Salao, dewan kaca dengan dekorasi bunga dan kanopi ‘The Garden Concept By the Pool’.
Masih tercari cari tempat untuk berbuka puasa pada tahun 2020?
Jangan risau,saya sangat syor kan di Villa Istana Melaka. Kerana menjaminkan keselesaan anda dari segi makanan dan tempat untuk menunaikan solat isyak serta terawih.
Promosi Buffet Ramadhan Di Villa Istana Melaka untuk tempahan:
- Alamat Villa Istana Melaka-Lot 11319 PM1313 Jalan TU1, Taman Tasik Utama,Ayer Keroh, Melaka
- Nombor telefon +6 06 – 233 0205 / +6 0162580734
- Fb: @IstanaMelaka
- Insta: @villaistanamelaka
Sekian terima kasih,selamat menyambut bulan yang mulia Ramadhan pada tahun 2020. Semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T. Selamat mencuba! Assalamualaikum dan terima kasih membaca dan jangan lupa kongsikan cerita ini di facebook anda.