SANTAITRAVELUncategorized

Tempat Menarik Di Hua Hin Thailand 2018

Tempat Menarik Di Hua Hin Thailand 2018 yang wajib anda terjah dan terokai dengan selamat dan mudah. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang ada dekat Hua Hin ye. Bila sebut hua hin je macam kurang terkenal tapi sejak Air Asia mula beroperasi di Lapangan Terbang Hua Hin pada Julai 2018. Semakin tinggi kadar pelancong dari Malaysia ke Hua Hin Thailand macam aku ni. Tapi ada juga yang ikut trip satu hari dari Bangkok ke Hua Hin.

Antara Tempat Menarik Di Hua Hin Thailand 2018;

Tempat paling famous adalah pantai “Hua Hin Beach”. Kalau nak cerita pasal pantai bagi aku sangat tenang dan bersih. Cuma ada juga sampah tapi ada orang akan bersihkan dan sapu disepanjang pantai Hua Hin. Kalau ikutkan sepanjang pantai penuh dengan kawasan Hotel mewah tapi ada je yang harga berpatutan dan murah.

Kena pandai pandai cari macam aku pilih Lub Sabai Hotel sebab dekat dengan pantai dan “Night Market”. Aktiviti yang ada seperti naik kuda, jogging, mandi manda setiap pagi dan petang. Ha,lagi satu kalau nak beli ‘Key-chain’ atau buah tangan boleh beli kat laluan nak masuk Hua Hin Beach sebab lebih dari “Night Market”.

Seterusnya aku pergi Tempat Menarik Di Hua Hin Thailand 2018 bermula dari Hotel ke The Venezia Hua Hin Thailand. Aku sampai sini tak masuk pun sebab tak berbaloi,harga pakej nak masuk pun mahal dari 280THB ke 480THB.

Ambil gambar dari luar jela sebab nak jimat punya pasal. Antara tempat yang ada dalam venezia ni seperti Gondola Ride,Western Horse Carriage,3D Art Gallery,Upside Down House,Fontana Di Trevi Park,Mini Train,King & Queen Photo,Sheep farm, and Music Garden.

Harga tiket untuk masuk venezia hua hin. Pandai pandailah buat pilihan sebab saya pergi seorang so nak kena jimat. Kita amik gambar dari luar je.

Teruskan perjalanan ke Premium Outlet Cha-am Hua Hin dari Venezia naik motor hampir 40 minit oh. Kebas satu badan tapi tetap kena teruskan sebab nak tengok Negara orang katanya. Premium Outlet Cha-am tempat dia kecil sahaja tapi boleh la jalan-jalan tengok harga saja.

Dekat sini harga sama je kat Malaysia dan paling sedih tak ada makan Halal. Dinasihatkan bawaklah roti dan air untuk alas perut. Lepak kat sini dalam 30 minit je sebab tak menarik sangat. Jadi teruskan perjalanan ke Santorini Park Hua Hin yang konsep ala-ala Greece tu.Nantikan entry seterusnya adalah Tempat Didalam Santorini Park Hua Hin Thailand.

Sekian Terima kasih.

 

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

2 thoughts on “Tempat Menarik Di Hua Hin Thailand 2018

  • Menarik… LeYa belum sampai lagi ke Hua Hin ni… InsyaAllah, ade rezeki nanti nak ke sini juga

    Reply
    • hafizi hamsan

      Best sangat,pergi sana banyak night market and dekat dekat ja. Makanan halal pun ada.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial