Pelancaran Produk Minuman Moodmojee Di Cofeology Café Melaka

Pelancaran Produk Minuman Moodmojee Di Cofeology Café Melaka pada 21 November 2018 di Bukit Beruang Melaka. Cofeology Café Melaka merupakan café pilihan orang Melaka kerana tempat yang sangat tenang dan rekaan yang mewah.

Pelancaran ini merupakan hasil kerjasama dari “Anchor Food Professionals” dan Fonterra sebagai sebuah team yang mempromosikan produk pemakanan berasaskan produk keluaran anchor. Hasil kerja team ini dapat memberi peluang perniagaan dan juga penasihat dalam bidang pemakanan.

Semua tahu produk anchor sememangnya 100% import dari New Zealand yang terkenal dalam kalangan pembuat kek. Demi menjayakan satu gabungan produk yang terbaik kepada pengguna dengan adanya kempen pelancaran Moodmojee Di Cofeology Café Melaka maka terciptalah 6 resipi luar biasa.

6 minuman resipi rasa luar biasa ini wajib anda cuba iaitu Kayanika Fusion,Lemon Mint Meringue,Pom & Grey Twist,Tangy Brew,White Chocoffee, dan Yuzu Chocolate Surprise.

Kesemua Pelancaran Produk Minuman Moodmojee Di Cofeology Café Melaka ini diresipikan oleh barisan chef yang mempunyai deria rasa yang luar biasa. Jom kita terhad satu per satu rasa yang luar biasa minuman produk anchor.

6 Minuman Moodmojee dari Produk Anchor

  1. Kayanika Fusion– Mempunyai lapisan manis dan berkrim dengan ‘kaya’ tradisional, ‘gula melaka’, ‘bubur’ dan kacang merah, Kayanika Fusion dijangka menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutama orang Melaka. Ada juga topping hiasan roti diatas minuman Kayanika Fusian.
  2. Lemon Mint Meringue– idea gabungan lemon,mentega,vanila,hirisan jeruk,dan biskut perisa lemon. Kalau diluahkan rasanya seperti lemak vanila bercampur masam lemon. Sesuai diambil pada waktu pagi atau sebelum makan tengahari.

  3. Pom & Grey Twist– Yang ini unik sikit, gabungan rasa buah delima asli bersama Grey tea campuran “pomegranate syrup. Hiasan diatas minuman dengan sedikit cream dan serbuk koko asli. Kebanyakkan para gadis gadis sukakan rasa Pom & grey twist kerana masam manis serta berlemak.

  4. Tangy Brew-dicipta khas buat pencinta kopi asli yang di brew segar. Resipi yang penuh kopi dengan dihiasi dengan lapisan “whipped cream” dan “cream cheese foam”. Kelainannya disini ada hirisan buah oren segar menjadikan kopi ada rasa fresh oren.
  5. White Chocoffee-yang ni paling aku suka sedap rasa yang penuh kenikmatan dibibir hingga la ke tekak. Campuran rasa white coffee bersama coklat cair yang pekat dan juga peanut butter.
  6. Yuzu Chocolate Surprise-yang ni rasa coklat sangat pekat. Kalau yang nak diet boleh la cuba menu ni. Tapi hiasan dibibir cawan ada ditaburkan gula sejuk supaya bila minum sejuk je bibir tu.

Peluang terbaik sempena Pelancaran Produk Minuman Moodmojee Di Cofeology Café Melaka pelanggan dapat harga promosi. Harga bermula dari RM13.00 segelas minuman Moodmojee berbanding harga asal RM16.90. Cofeology Café Melaka merupakan tempat makan sesuai untuk sambut hari jadi.

Antara cawangan yang ada:

Selangor,Choon Guan Coffee Shop – Lorong Amarasegara, Kawasan 12, 42000 Pelabuhan Klang dan Gafe Kafé- 63, Jalan Semenyih Sentral 5, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih

Johor,Love Tea F&B – No. 1206, Jalan Kasturi, 36/45, Indahpura, 81000 Kulai dan Living Room- Plaza Mentari (Sun City) G-03, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru

Malacca,Cofeology Café & Restaurant- Shop Lot No.23, Ixora Apartment, Bukit Beruang, 75450, Melaka

Kedah

  • La Taste-No.14, Kompleks Perniagaan Gurun Jaya, Taman Gurun Jaya, 08300 Gurun, Kedah
  • La Taste- No.219, Jalan Mawar 3/2, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
  • Overstepped- No. C97 & 98, Tingkat Satu, Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
  • Overstepped- No.5, Tingkat Satu, Jalan Perdana Heights 1/1, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Penang

  • Lavish Fusion Bakery- 214, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
  • Hive by Love A Loaf- The Promenade, 5-G-36, Persiaran Mahsuri 1, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Penang
  • La Taste- No.65, Ground Floor, Lorong Teras Jaya 2, Pusat Perniagaan Teras Jaya,13400. Butterworth

Perak,Family Confectionery- 2233, Ground Floor, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak dan Baker’s Hut- Jalan PPMP 3/3, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung, Perak

Sabah

  • Delight Factory- G-52, Imago Shopping Mall,884100 Kota Kinabalu
  • Chubs Grill- Plaza Shell, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, 88300 Sabah
  • Chiu’s Café- Block D,Ground Floor, Lot 8, Lorong Pusat Komersil88/2, 88Marketplace, Kampung Kepayan, 88300 Kota Kinabalu Sabah
  • Lucky Bean- 16-0 Lintas Square Jalan Lintas, Taman Southern, 88300 Kota Kinabalu Sabah

Sekian Terima kasih dari saya hafizi hamsan. Selamat mencuba dan tinggalkan komen jika sudah merasainya.

 

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge