Dua Minggu Latihan Industri Di Kilang

Assalamualaikum, rasa dah lama sangat tak update entry. Hehe maklumlah dah Dua Minggu Latihan Industri Di Kilang sebagai audit and planner. Sekali pandang ingat kerja dekat kilang macam low profil tapi itu dulu. Sekarang basic pun dah besar dan suasana di kilang jauh berbeza dengan bekerja di tempat lain. Banyak kebaikan dan kelebihan bila membuat latihan industri di kilang atau syarikat besar.

Sekarang dah Dua Minggu Latihan Industri Di Kilang, memang nampak pelik bila budak jurusan sains matematik dapat latihan industri di kilang. Tapi semasa hari pertama sampai di tempat practical supervisor dah terangkan dan kenapa pilih saya. Beliau seorang bangsa cina dan sangat tegas terus menyatakan sebab dia ambil saya kerana pelajar sains matematik mempunyai kelainan tersendiri.

Memang susah untuk memahami selok-belok pengurusan kilang tetapi kita kena belajar dan terus berfikir jangan mudah putus asa. Antara suasana yang paling terbaik adalah:

1-Waktu Rehat

Kenapa dengan waktu rehat? sebabnya saya dapat lihat kembali zaman persekolahan kerana makan ramai-ramai berbilang bangsa. Beli makanan beratur dan selepas makan letak pinggan ditempat yang telah disediakan. Sesuatu yang terbaik bila semua bekerja dibawah satu matlamat untuk menghasilkan pengeluaran produk yang terbaik.

2-Cara Bekerja

Memang tidak dinafikan rakyat malaysia semuanya rajin dan memang jelas terbukti yang kami bangsa India,Melayu ,dan Cina boleh bekerjasama antara satu sama lain. Ianya dapat memupuk jalinan ukhwah yang baik dan sihat.

Sebenarnya banyak lagi tapi ini sahaja yang sempat dikongsikan. Natijahnya, jika anda ingin membuat latihan industri carilah tempat yang sesuai dan jangan takut untuk ke kilang atau industri yang besar kerana disitulah kita dapat belajar untuk menjadi pekerja yang rajin macam bangsa lain.

Boleh download Senarai-companies-for-internship-placement.

Sekian Terima Kasih.

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

4 thoughts on “Dua Minggu Latihan Industri Di Kilang

  • September 24, 2014 at 4:15 am
    Permalink

    ramai orang melayu lebih rela kerja kilang berbanding kerja jadi maid (perempuan la). sebab tu susah juga pasal maid kita kena inport je dari Indonesia sedangkan mereka ni banyak masalah. tp mungkin juga sebab gaji lebih banyak di kilang kan.
    Raihanah Ahmad recently posted…Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)My Profile

    Reply
    • September 27, 2014 at 3:59 pm
      Permalink

      betul betul, pasal maid ni memang susah nak dapat yang ok dan sesuai. Sekarang ni ramai yang ejen suka tipu-tipu…

      Reply
  • November 30, 2015 at 2:44 pm
    Permalink

    bro, saya jurusan maths jugak, dkt kilang mne bro buat LI?

    Reply
    • December 10, 2015 at 11:05 am
      Permalink

      bagi sya, better walk in je ke kilang yg sesuai, antaranye infineon(semiconductor),texas,dan banyak lagi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge