Resipi Mak Hidangan Syurga
Resipi Mak Hidangan Syurga | Assalamualaikum dan Salam Seluruh Dunia, Alhamdulilah telah Berjaya menamatkan final year project sebagai pelajar degree UiTM Shah Alam. Setiap hidangan ada caranya tetapi hidangan yang ikhlas lah penyeri hidup buat kami sekeluarga, Tanpa mak saya tidak kenal saya segala keenakkan ayer tangan ibu. Resipi Mak Hidangan Syurga merupakan sesuatu yang tidak boleh dijangkau lagi kerana semua ibu di dunia ini mempunyai resipi terhebat mereka sendiri betul tak? Kalau tidak sedap jangan panggil Resipi Mak Hidangan Syurga tau.
Kenapa kita hari ini sering kita dengar lebih ramai suka makan luar atau beli diluar. Mungkin sebab mereka tiada masa untuk masak mungkin. Tapi kalau anak dara sekarang ni telah mempunyai kesedaran untuk mempelajari ilmu dari Resipi Mak Hidangan Syurga sudah tentu nasib lelaki yang bakal jadi suami mereka akan terbela. Sedikit celoteh kerana berbuka dengan kuih Resipi Mak Hidangan Syurga memang terbaik dan terlazat sekali. Bukan senang nak dapat tau.
Antara Gambar Resipi Mak Hidangan Syurga:
Adunan yang telah siap dengan Resipi Mak memang rahsia beli tepung tahu je dah siap tak sempat nak belajar hihi
Masak di atas kuali leper buat macam masak lempeng
Angkat setelah dimasak dan masukkan inti didalam kuih lipat dan gulung
Setelah siap dimasukkan inti kelapa boleh digulung dan dihidangkan
Sedap kuih ni
Ore klate panggil “langit bergulung”
penaberkala recently posted…Iklan Raya Aidilfitri PETRONAS 2014 : Ke Pangkuan Bonda
sedap sangat air tangan seorang ibu..
masakan mak masakan paling sodap kat dunia…heee.
Denaihati recently posted…MH17 Anak Saudara antara yang terkorban
betul…dapat telur goreng dari mak pun dah cukup sedap
fuhh..
masakan mak. rindu sekejap gua dibuatnya.
titan recently posted…Kisah Seram Raksasa Hijau yang keseorangan.
hehe…bile dah balik kampong akan merasa masakan tersedap didunia.