Nahas MH17 Menjadi Tanda Tanya
Assalamualaikum dan salam seluruh dunia, sedih dan pilu bila Negara telah dikejutkan dengan tragedi yang telah memberikan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga nahas MH17 Malaysia Airlines. Terdengar berita tentang nahas mh17 ini melalui radio, lepas je dengar cepat-cepat dengar berita tengok kat internet. Baca dan baca bagi mendapatkan kepastian. Mengikut maklumat dari denaihati dan Asamboi.my mengikut sumber reuters pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di Timur Ukraine ketika berada dalam ketinggian 10km.
Berita mengenai nahas mh17 semakin terus menerus berada di mata dunia dan Negara Malaysia. Siap sangka dalam sekelip mata nahas mh17 boleh terjadi begitu sahaja. Jelas terasa luka dihati dengan kehilangan MH370 masih belum terubat lagi namun kini digemparkan dengan nahas mh17 menjadi tanda Tanya. Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 yang berada dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Menurut segala maklumat,boeing 777 MH17 terhempas berdekatan dengan sempadan Ukraine dan RUssia yang dipercayai ditembak jatuh dengan senjata BUK-M2 di zon konflik kedua-dua Negara yang sedang bergolak. Seolah-olah Malaysia dijadikan kambing hitam dalam pergolakkan mereka. Sedih lagi mereka menyalahkan Malaysia kerana telah melalui kawasan larangan mereka. Tetapi bila dikaji lagi rupanya ada 15 perjalanan kapal terbang dilaluan yang sama tapi kenapa MH17 jadi sasaran.
Peluru berpandu itu telah tembak dari darat ke udara. Ayuh rakan-rakan semua jangan lupa doakan mereka dan hentikan penyebaran berita yang tidak sahih lagi. Dan tidak lupa berita kekejaman zionis jangan diabaikan. Seperti Nahas MH17 Menjadi Tanda Tanya kerana dunia sudah beralih kepada MH17 namun jangan lupa kita muslim sejati kena terus terima dan reda dengan ketentuan Ilahi. Doa buat mu MH370 dan MH17 sentiasa berterusan disamping sumbangan kepada Gaza Palestine tetap diteruskan.
Antara korban Nahas MH17 menjadi tanda Tanya:
1. 23 Warga Malaysia
2. 154 warga Belanda
3. 27 warga Australia
4. 11 Warga Indonesia
5. 6 Warga British
6. 4 Warga Jerman
7. 4 Warga Belgium
8. 3 Warga Filipina
9. 1 Warga Kanada
Jika ada sebarang pertanyaan,MAS MH17 emergency hotline is +31 70 3487770
“Klik sini untuk berita terkini mh17”
Amin Ya Rabba Alamin.