ILMIAHSANTAIUncategorized

Cara Dan Teknik Biakkan Ikan Betta Dalam Masa 1 Hari

Assalamualaikum dan Salam Betta, selepas PKP ditamatkan industri ikan laga atau betta semakin meningkat naik. Untuk perkongsian kali ini, saya ingin menunjukkan cara dan teknik biakkan ikan betta dalam masa 1 hari bagi ‘new bie’. Dari pelbagai jenis dan warna kita dapat melihat. Harga ikan Betta Di Malaysia bermula dari RM1 hingga la ratusan ringgit.

buih ikan betta

Harga ikan Betta ikut jenis dan gred ikan. Jika anda nak jadi breeder ikan Betta kena la beli induk yang berkualiti,sama jenis,dan aktif. Betul ke ikan laga Betta ini dapat menjana pendapatan yang lumayan? Ya betul, akan tetapi tidak semua dapat menghasilkan Anak yang berkualiti. Perlu juga mempunyai kesabaran yang tinggi dalam membesar kan anak ikan (fry betta).

Jadi hobi kali ini suka suka dek kerana isteri yang minat nak membela. Tertarik dengan lengguk ikan serta warna yang menarik. Dari 2 ekor kami beli kini dah berganda kepada 9 induk. Kalau kita lihat pemintaan Ikan betta atau ikan laga semakin tinggi. Serta anda yang sanggup berhenti kerja demi menjadi usahawan betta malayia. Jom kita lihat video cara cara kahwinkan ikan betta dengan cepat klik link ini.

Jom jadi penternak ikan betta (Usahawan Betta Malaysia)

Cara Dan Teknik Biakkan Ikan Betta Dalam Masa 1 Hari

  1. Cari induk yang sesuai dengan bajet dan diri anda. Boleh pergi direct ke farm farm betta di Malaysia seperti Betta G Melaka dan lain lain.
  2. Sediakan bekas kahwin berukuran panjang 30 cm x lebar 15 cm x tinggi 15 cm.
  3. Masukkan air yang sudah diperam atau ditadah selama 1 minggu atau pakai air yang sudah ditapis klorin. Ukuran tinggi air adalah 5 cm ke 8 cm. Masukkan 2 tutup botol air ketapang (pati)
  4. Potong plastic jernis berukuran 7 cm kali 7 cm. Ini bertujuan untuk ikan jantan buat buih untuk simpan telur ikan. Masukkan juga separuh daun ketapang kering.
  5. Setelah air sedia, masukkan ikan jantan dalam bekas. Biarkan ikan jantan buat buih dibawah plastic. Masukkan betina dalam bekas jantan (tapi kalau nak buat sesi pengenalan cari cawan atau botol jernih untuk letak betina).
  6. Biarkan selama 6 jam ke 24 jam, dalam masa itu ikan betina akan keluarkan telur. Kalau tidak ada telur dalam masa 2 ke 3 hari. Pisahkan ikan dulu,cuba lagi.
  7. Pastikan ikan betta betina perut dah kembung penuh telur.

Cara nak rawat ikan betta yang sakit (swimbladder) disebabkan masalah pemakanan. Untuk rawatan boleh la tengok video youtube di channel saya. Klik link di sini ye. Selamat mencuba ya semua. Sekian terima kasih.

Cara merawat ikan betta sakit dengan daun ketapang kering

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge