Fesyen Tudung Wanita

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya kepada semua, Setiap wanita diwajibkan berhijab atau bertudung tapi wanita sekarang terlalu mementingkan fesyen tersendiri. Memang betul fesyen tudung wanita adalah sangat penting. Hal ini kerana, dengan fesyen tudung wanita boleh Nampak anggun berseri dan lebih manis. Bukan senang nak kekalkan fesyen tudung ianya kerana pilihan warna dan jenis kain tudung tersebut memainkan peranan kepada si pemakai.

Harga tudung ada yang murah dan yang mahal macam tudung berjenama seperti yang anda tahu. Wanita adalah anugerah yang terindah buat kaum lelaki dan setiap lelaki inginkan wanita yang bertudung dan muslimah serta cantik. Bukan mudah untuk mengayakan fesyen tudung wanita ini kerana anda perlu ada kreativiti tersendiri serta boleh belajar melalui media social atau pergi ke blog yang ada berkongsi tentang fesyen tudung.

Disamping itu, pemilihan tudung perlu diberi keutamaan kepada si pemakai. Jangan kerana inginkan kecantikkan anda lupa untuk bertudung dan jaga paras wajib bertudung. Janganlah bertudung yang terlalu singkat dan jarang sehingga nampakan leher anda. Jaga aurat anda kerana ianya bakal menjadikan anda ahli syurga. Sedikit kemaafan jika tersalah kata, sama-sama kita amalkan kebaikan bersama.

Muslimah

Tips Fesyen Tudung Wanita Dari Hafizi Hamsan:

1-Beli tudung bukan kerana harga tapi kerana Allah SWT.
2-Pastikan anda pilih warna tudung yang kena dengan warna baju anda.
3-Pastikan kain tudung itu berkualiti yang baik dan muslimah.
4-Jangan lupa untuk pastikan paras labuh tudung anda menepati yang dikehendaki Islam.
5-Pastikan sanggul rambut anda tidak kelihatan ketika bertudung .

Sekian Terima kasih, jika anda nak tambah boleh tambah dibahagian komen.

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

2 thoughts on “Fesyen Tudung Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge