SANTAI

Kasihani Kucing Terbiar Seperti Papa Hero

Assalamualaikum dan Salam Seluruh Dunia, Alhamdulilah berkat bulan Ramadhan segala urusan dipermudahkan. Seperti yang kita maklum nahas M17 sudah mula memberi berita yang baik berkat doa dan pemimpin Negara kita dengan kerjasama Negara yang terlibat. Topic kali ini ingin memberi kesedaran kepada kita manusia yang selalu merasakan  kita adalah sempurna. Saya amik sedikit contoh tak banyak pun ianya tentang kehidupan seekor kucing terbiar atau kucing lorong. Kucing merupakan haiwan yang mempunyai sifat yang suka dimanjakan seolah inginkan sedikit belaian. Mungkin ada yang suka dan sayang sangat akan kucing dan pantang tengok kucing terbiar pasti mereka akan amik untuk bela. Bagi saya kucing tercantik adalah kucing yang kita kasihani dengan baik dan ianya bermula dari sifat Kasihani Kucing Terbiar Seperti Papa Hero.

kucing tercantik

Kita sebagai manusia perlu anda sifat Kasihani Kucing Terbiar Seperti Papa Hero. Hal ini kerana, kucing juga ada kehidupan mereka seperti inginkan tempat berlindung serta makanan yang berterusan. Kucing sudah terbukti memberi aura penenang kepada mereka yang membelai kucing. Sebagai pencinta kucing saya akan belai kucing saya yang berjumlah 12 ekor yang terdiri dari cucu cicit juga. Setiap kucing saya ada nama dan mereka hidup bebas dihalaman rumah saya. Bermula dengan sifat Kasihani Kucing Terbiar Seperti Papa Hero yang saya kutip di tempat yang terbiar. Sedikit sebanyak saya dapat memberi mereka tempat berlindung. Kucing adalah peneman untuk kita berkata-kata jika ada masalah.

kucing saya

 

kucing saya

Jom kita sebagai seorang yang suka akan kecomelan kucing sama-sama adakan kempen dalam hati untuk kasihani kucing terbiar yang ada di kawasan kita. Mudah sahaja berikan makan atau sisa makanan kepada kucing-kucing sudah cukup memadai. Siapa sangka dengan sepotong ikan kita dapat balasan kelak sebagai ganjaran. Kita boleh amik contoh iaitu Papa Hero semua kenalkan Kisah seekor kucing yang dipotong kedua belah kaki depannya kerana mencuri ikan di kedai makan telah diselamatkan oleh seorang pemuda yang mempunyai hati yang mulia merawat Kucing tersebut dengan memberi nama hero sehingga pulih. Itu adalah sifat Kasihani Kucing Terbiar Seperti Papa Hero yang sangat kita perlukan. Tapi sayang kucing hero telah pergi buat selamanya kerana sakit. Semoga Allah SWT memberi ganjaran buat papa hero.

Antara Gambar Kenangan Kucing Hero:

kucing terbiar

 

kucing hero

 

 

kenangan terakhir

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

4 thoughts on “Kasihani Kucing Terbiar Seperti Papa Hero

    • hafizi hamsan

      bitoi..heheh so cute… mesti nakal kucing tu..

      Reply
  • Kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah..
    Jadi kita patut menyayangi kucing..

    Mj takdak la bela, tapi rumah mertua ada la kucing suka singgah.. lepas tu terus melekat 😀
    Myra Jay recently posted…Alkisah KeretakuMy Profile

    Reply
    • hafizi hamsan

      Assalamualaikum, terima kasih kerana tingglkan komen ikhlas mj hehe,, selamat hari raya jemput dating rumah..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial