Ciri-Ciri Laman Web Yang Terbaik

Assalamualaikum selamat berpuasa semua, macam mana amalan bulan ramadhan dapat diperbanyakkan tak? Semoga dapatkan ramadhan kali ini penuh barakah. Perkongsian kali ini adalah ciri-ciri laman web yang terbaik atau laman web otai-otai yang sudah lama bertampak dalam dunia laman web ini. Baiklah, siapa yang lebih berhak menentukan sesebuah laman web itu mempunyai reka bentuk yang baik dan terbaik atau sebaliknya selain daripada pengguna yang menggunakannya. Ciri reka bentuk laman web yang terbaik merupakan satu isu yang agak subjektif dan mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza. Ini memandangkan setiap pengguna adalah unik dan masing-masing mempunyai cita rasa sendiri,pendapat dan juga pilihan tersendiri. Bahagian seterusnya akan menceritakan secara umum beberapa ciri utama yang boleh diperhatikan bagi menentukan samada sesebuah laman web itu dikatakan sebuah laman web yang baik atau sebaliknya.

web

Antara, ciri-ciri laman web yang terbaik:

1-Laman Web yang sentiasa diuruskan dengan baik

Laman web yang diuruskan dengan baik boleh merujuk kepada pelbagai aspek dan salah satu aspek yang utama ialah pengurusan maklumat. Maklumat yang diuruskan dengan baik pula merujuk kepada bagaimana ianya diolah,ditadbir,disusun,diorganisasi dan seterusnya dipersembahkan kepada pengguna yang setia. Antaranya ialah dengan menyusunnya mengikut keperluan pengguna, berdasarkan kesamaan atau kategori yang sama, berdasarkan hieraki dan sebagainya. Sebagai contoh, bagi laman web berbentuk pembelajaran, maklumat mungkin boleh disusun mengikut subjek, topic ataupun tahap kesukaran. Bagi laman web berbentuk perniagaan pula, ianya mesti disusun berdasarkan produk, harga, unit pengeluar dan sebagainya.

 

laman web

2-Laman web yang mudah diterokai

Laman web yang diuruskan dengan baik mudah bagi pengguna untuk bergerak meneroka dari satu laman web ke laman yang lain.
Selain itu, terdapat pelbagai cara yang membolehkan laman web kita mudah diterokai oleh pengguna yang ramai. Antaranya ialah dengan memecahkan helaian laman web yang panjang sudah menjadi lebih pendek dan mudah untuk difahamkan. Tolong elakkan helaian laman web yang terlalu panjang kerana ia mungkin boleh mengundang kebosanan kepada pengunjung. Selain itu, pastikan juga kita ada satu pautan yang membolehkan pengguna kembali ke laman utama pada setiap helaian laman web. Sistem navigasi yang mudah difahami adalah satu factor laman web anda adalah yang terbaik.

3-Laman web anda mampu menarik perhatian

Terdapat pelbagai cara untuk menarik perhatian pengguna terhadap laman web anda. Menarik perhatian penggunan bukanlah bermaksud ianya memerlukan penggunaan grafik yang cantik atau teknologi multimedia yang canggih. Ringkas dan jelas juga merupakan suatu ciri laman web yang mampu menarik perhatian. Selain itu, laman web yang menggunakan warna yang ringkas dan biasa dengan harmoni antara satu sama lain serta boleh dipaparkan dengan sempurna pada kebanyakan perisian pelayaran web juga merupakan ciri yang mampu menarik perhatian pengguna bijak. Selain itu, kita hendaklah memastikan setiap elemen grafik yang digunakan bersaiz kecil (kurang daripada 50kb misalnya). Ini khususnya bagi pengguna yang melayari Internet menggunakan teknologi sambungan dail.

laman upin ipin

Sekiranya elemen animasi atau video digunakan, pastikan ianya benar-benar perlu dan tidak mengangu tumpuan atau keselesaan pengguna semasa melayari laman web anda. Terlalu banyak elemen yang bergerak di skrin menyebabkan laman web anda loading atau lambat untuk dipaparkan. Ini menyebabkan pengguna setia anda bakal lari dari laman web anda.

Sekian, Terima Kasih.

Hafizi Hamsan

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

16 thoughts on “Ciri-Ciri Laman Web Yang Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge