Cara Terbaik Shortcut Windows 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera baru lepas satu paper exam, huhu..masih berbaki dua lagi. Kali ni nak ruangkan masa setengah jam ingin berkongsi sedikit ilmu yang bakal berguna kepada rakan blogger dan seluruh dunia mengenai cara terbaik shortcut windows 8. Agak-agak ramai tak yang sudah bertukar kepada windows 8? ke masih guna windows 7. Apa-apa pun dua dua windows yang terbaik betul kan?

windows 8

Perkongsian kali ini akan bongkarkan 15 rahsia shortcut untuk windows 8 kepada pembaca setia. Siapa tak baca dia tak dapat pun ilmu yang saya ingin kongsikan. Ada pelbagai kekunci pintasan yang membolehkan anda mengawal system Windows 8 dengan lebih cekap. Sedikit penerangan mengenai system operasi [os] Windows 8 mempunyai antara muka pengguna yang tersendiri dan unik, malah berbeza dengan versi Windows yang sebelumnya.

Biarpun [os] ini menawarkan integrasi pintasan [shortcut] yang sedikit berbeza dengan versi Windows terdahulu, namun ia membolehkan anda mengendalikan dan mengawal computer dengan lebih cekap dan mantap. Mari kita lihat dan terjah fungsi pintasan berkenaan dengan lebih mendalam!

start windows 8

Cara Terbaik Shortcut Windows 8:

  1.  [Windows + D ]= Lihat Destop
  2.  [Windows + C ]= Buka Menu Charms
  3.  [Windows + F ]= Search Di Menu Charms
  4.  [Windows + H ]= Share Di Menu Charms
  5.  [Windows + K ]= Devices Di Menu Chamrs
  6.  [Windows + I ]= Settings Di Menu Charms
  7.  [Windows + Q ]= Carian Untuk Installed Apps
  8.  [Windows + W ]= Carian settings
  9.  [Windows + Tab]= Kitaran Untuk Membuka Modern UI Apps
  10.  [Windows + E ]= Buka Tetingkap Windows Explorer
  11.  [Windows + T ]= Kitaran Melalui Ikon Pada Bar Tugas [taskbar] Enter Untuk Mulakan Apps [aplikasi]
  12.  [Windows + M ]= Simpan [Minimize] semua tetingkap [Windows]
  13.  [Windows + X ]= Lihat Menu Show Advanced Windows Settings
  14.  [Windows + L ]= Kunci PC dan Pergi Ke Skrin Kunci
  15.  [ Alt + F4 ]= Keluar [Quit] dari Modern UI Apps

Sekian terima kasih. Mohon share jika ia boleh menyubang saham pahala buat anda semua.

windows_8

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

6 thoughts on “Cara Terbaik Shortcut Windows 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge