Hafizi Hamsan Marketing

Pengalaman Temuduga SPA Pegawai Siasatan Gred P41/P29

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Setelah menjalani pahit getir mengharungi sesi pemilihan Pengalaman Temuduga SPA Pegawai Siasatan Gred P41/P29 yang penuh mencabar. Tapi rezeki itu milik Maha Esa Allah S.W.T. dan ada baiknya kita berjaya atau gagal dalam sesuatu perkara tersebut. Jadi admin ingin share sikit tips dapat contoh soalan ujian psikometrik untuk Pegawai Siasatan Gred P41/P29 jalan cerita jawatan Pegawai Siasatan Gred P41/P29 ini, pertama sekali jawatan ini merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mungkin ramai tidak tertarik untuk berkhidmat sebagai pegawai yang ingin mencegah gejala Rasuah ini. Tak kot saya cerita lebih pasal rasuah sebab kita tidak menyedari yang rasuah setiap hari berlaku.

Memang rasa terharu sebab terpilih untuk menghadiri ke tapisan pertama iaitu Ujian Fizikal yang berlangsung di Johor Bahru. Saya amat berpuas hati kerana pihak SPA Malaysia telah menjalankan tanggungjawab dengan adil apa yang saya nampak. Seharian menjalani ujian fizikal disana pada 30/5/2016 kalau tak silap, banyak pengalaman yang akan anda dapat melalui tapisan tersebut. Ada banyak peringkat yang dilakukan oleh SPRM dalam ujian fizikal terutama ujian BMI yang sangat ketat, ujian mata,ujian warna, dan terakhir ujian lari 2.4km dalam masa 14minit. Jangan risau semua itu akan anda dapat lakukan dengan baik.

Setelah seminggu dua keputusan berjaya ujian fizikal dikeluarkan dengan membuat semakan di Link Pengalaman Temuduga SPA Pegawai Siasatan Gred P41/P29 Ini atau melalui email rasmi anda, kemudian anda akan dipanggil untuk menghadiri Sesi terakhir iaitu sesi kalah mati bro, sesi temuduga yang sangat bahaya. Sungguh tidak bernasib baik buat saya dan juga rakan rakan yang lain kerana tidak berjaya dalam sesi temuduga ini.

Tapi ada yang saya boleh share disini bersedialah dengan soalan soalan yang bakal membuat anda hilang keyakinan diri. Dan Ingat janga lupa penampilan yang kemas, kalau ada pin satu malaysia pakai, kalau ada nama tag sila pakai kalau tak ada korbankan duit buat, jangan lupa latar belakang badan jawatan tersebut.

Antara Maklumat yang perlu dikemaskini dan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

1. Dokumen Asal Dan Salinan;

a. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c. Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf;
d. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e. Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f. Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g. Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
h. Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

2. Anda dikehendaki membawa ‘resume’ bergambar yang ringkas dan padat.

3. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. “Resume” dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.

4. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

5. Keputusan temu duga boleh diketahui dengan melayari Portal Rasmi SPA atau aplikasi mobile mySPAv2 atau SMS ke 39111 dengan menaip: SPAKEP<ruang>no.kad pengenalan<ruang>kod skim.

6. Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti.

7. Sila layari Portal Rasmi SPA untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini Dan contoh soalan psikometrik 2021 untuk Pegawai Siasatan Gred P41/P29 boleh klik link ini

Kebiasaanya selepas sesi temuduga makan masa dalam 2 minggu ke 3 minggu untuk dapat Pengalaman Temuduga SPA Pegawai Siasatan Gred P41/P29 temuduga tapi anda jangan terlalu yakin kerana keputusan tersebut terletak pada Panel yang temuduga anda. Ye memang akan menghantui anda jika tak dapat jawab soalan dari mereka tu,tapi jangan risau mereka menjalankan tugas sahaja jadi kenalah bersaing dengan yang lebih pakar diluar sana.

Selamat maju jaya.

Exit mobile version