Pengalaman Isteri Ku Mengandung 12 Minggu Gugur

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, kehamilan merupakan satu anugerah yang terindah kepada pasangan yang baru atau lama berkahwin. Setiap perkahwinan memerlukan Anak Dan kali ini saya ingin cerita kan kisah gembira dan sedih sepanjang Pengalaman Isteri Ku Mengandung Ghaib 12 Minggu Gugur.

Pada tanggal 26/1/2019 merupakan tarikh yang bermakna buat kami dengan sekali lafaz aku Dan dia bergelar suami isteri. Percintaan kami tidak begitu lama, hanya cukup dengan keserasian dihati Dan ingin bercinta selepas kahwin. Sebagai seorang suami kita kena memberi sokongan moral setiap apa yang aku lakukan. Jadi apa yang berlaku suami kenalah sama sama memberi kekuatan buat isteri walau apa pun dugaaan yang berlaku.

Dengan izin Allah S.W.T Pada 25 April 2019 isteriku disahkan Hamil 5 minggu di bulan yang mulia Ramadhan. Maka bermulalah dengan langkah berjaga-jaga untuk memastikan kandungan isteriku selamat. Pada minggu ke 7 aku telah pergi ke klinik swasta untuk memastikan isteri ku hamil dengan membuat scan imbasan. Tiba-tiba debaran terasa dek kerana Doktor cakap tahniah isteri kamu hamil tapi….? Ada cyst sebelah ovari kanan. Kegembiraan bercampur ketakutan tapi kuatkan hati untuk percaya dengan takdir Allah s.w.t.

Bermulalah kerisauan dihati aku dan isteri,maka bermulalah dengan kajiaan di Google dan terus pergi ke klinik desa. Jururawat klinik desa tengok gambar scan tadi,kemudian dia terus bukakan buku merah untuk langkah awalan. Masuk minggu ke 9 aku masih dalam kerisauan,ada yang cakap potensi mengandung kosong (Blighted Ovum).

Tapi aku sentiasa positifkan isteriku supaya tidak fikir negatif. Ada juga usaha untuk pergi ke perubatan islam,disitu ustaz menyatakan kandungan kami sihat jangan risau, ustaz rasa nadi anak kamu. Wah aku dan isteri makin seram bercampur takut. Tapi percayalah jika Allah cakap jadi maka jadilah.

Seperti biasa setiap 2 minggu kami akan ke klinik untuk check samada ada janin atau tidak. Keputusan doktor suruh ke pakar hospital besar untuk scan dari bahagian bawah hingga ke rahim. Memang sakit sikit kata isteriku tapi aku kena bagi semangat supaya tidak berputus asa. Tetapi keputusan tetap sama,dalam kantung dirahim isteri ku hanya kelihatan ‘yolk sac’ dan berita baik cyst dah hilang.

Pengalaman Isteri Ku Mengandung Ghaib 12 Minggu Gugur memberi tanda tanya. Genap 12 minggu isteri ku dimasukkan ke hospital kerana ada pendarahan teruk. Disahkan gugur dan doktor sahkan ada janin didalam kantung. Mungkin Allah lebih sayang kan anak kami. Namun hasrat hati kami ingin mendapat cahaya mata pertama disimpan oleh Allah s.w.t. Kami terima dengan hati yang rela dan syukur kepadaNya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon jasa baik pembaca untuk mendoakan kami untuk diberi peluang untuk mendapat anak yang kedua. Semoga anak ku berada disyurga firdaus dan dipermudakan untuk kami berjumpa disana. Amin sekian terima kasih,jika cerita ini banyak manfaat sila share.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

2 thoughts on “Pengalaman Isteri Ku Mengandung 12 Minggu Gugur

  • November 14, 2019 at 12:27 am
    Permalink

    alhamdulillah Allah the best planner

    Reply
    • December 12, 2019 at 10:46 am
      Permalink

      yesza doakan ye.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge