REVIEW PRODUKSANTAITRAVEL

The Shore Oceanarium Melaka Bersama Blogger Melaka

Manfaatkan cuti sekolah Anak anda Di The Shore Oceanarium Melaka Bersama Blogger Melaka. Menceritakan pengalaman menerokai The Shore Oceanarium Melaka dalam blog hafizihamsan.com. Baru baru ini aku telah terpanggil untuk membuat review mengenai promosi yang ada di the Shore Oceanarium Melaka.

Bagi mereka yang tidak tahu dimana terletaknya The Shore Oceanarium Melaka, ianya terletak di Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Raya Pantai, 75100, Melaka. Masa operasi bermula dari 10.30pagi sehingga 9.00malam.

Harga tiket the shore oceanarium melaka
Hiasan akuarium yang cantik

Mungkin ramai orang melaka atau rakyat Malaysia belum berpeluang untuk ke Oceanarium Melaka kerana tidak tahu Dan ramai beranggapan mahal. Tapi jangan risau pelbagai cara untuk dapatkan promosi tiket ke sini. Jangan lepaskan peluang untuk bersama kehidupan yang ada Di the Shore Oceanarium Melaka. Pelbagai aktiviti menarik yang ada mengikut zon.

Antara Aktiviti Yang Menarik Di The Shore Oceanarium Melaka:-

  1. Interactive Touch PoolDapat pegang dan bermain dengan ikan pari,tapak sulaiman,belangkas,dan ikan yu pasir. Melihat dan mempelajari pelbagai jenis hidupan laut seperti udang karang,anak tapak sulaiman,batu karang dan banyak lagi.
  2. Jungle Quest (Cabaran Rimba)
  3. Magic Aquarium,Ocean Journey, River Story,Dangerous Marine Species,Living Fossil,Ocean Theater tayangan 3D boleh tengok puas puas dengan anak anda sambil diperhatikan oleh ikan yang besar.
  4. Fun Freakish (Kuda laut dan obor-obor),shark quest,dan kampung penyu.
  5. Boleh beli makanan ikan di kaunter tiket RM10 untuk aktiviti memberi makan pada ikan.

Sempena Tahun melawat melaka 2019, pihak the Shore Oceanarium Melaka ada Menawarkan beli 1 tiket percuma 1 tiket VR AR interactive park Dan promosi yang lain. Jadi apa tunggu lagi datanglah bersama keluarga anda disini.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dan boleh bergambar didalam Oceanarium tetapi tidak boleh menggunakan flash kamera. Jom terokai the shore oceanarium bersama VR AR interactive park. Sekian terima kasih.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

One thought on “The Shore Oceanarium Melaka Bersama Blogger Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge