FOOD REVIEWPENGENALANREVIEW PRODUKSANTAITRAVELUncategorized

FAM Trip 3 Hari 2 Malam Ke Batam Terbaik

Hari Pertama Percutian dengan kerjasama pihak tourism Batam dalam menjayakan FAM Trip 3 Hari 2 Malam Ke Batam seramai 22 orang media dari Malaysia dan Singapura. Pada 5 april jam 11.00am kami telah berkumpul di Johor Puteri Harbour untuk menaiki Feri laju yang ditaja oleh pihak Dolphin Fast Ferry. Semasa di Johor Puteri Harbour sila keluarkan passport dan duit cukai RM16 sekali check in bagasi .

Manakala masa pulang dari Batam dikenakan cukai sebanyak IDR 65.000 rupiah anggaran dalam RM18. Saya pilih untuk Naik feri dari Puteri Harbour sebab tempat baru sangat selesa. Ada disediakan bus percuma dari bus station larkin ke puteri harbour sejam sekali jadual kena semak disana.

Jadual Dolphin Fast Ferry Dari Johor (Puteri Harbour) ke Batam Centre Dan Batam ke Johor (Puteri Harbour).


Antara tempat menarik semasa FAM Trip 3 Hari 2 Malam Ke Batam Terbaik

Perjalanan makan masa 1 jam 30 minit sampai lah Di Batam Indonesia. Kami telah dijemput menaiki bus tourism Batam untuk makan tengahari Di Sari Bumbu Restoren.

Makan disini sedap Dan yang penting halal serta harga yang berpatutan dengan adanya set hidangan buffet. Paling best Es Timun dia memang melegakan tekak anda disaat kepanasan dunia.

Selesai makan kami bertolak ke tempat penginapan khas dibatam. Memang tidak disangka masih ada lagi penginapan resort semurah RM200 semalam di Batam.

Penginapan murah di Batam iaitu Sijori Resort & Spa Hotel bertempat di Jl. Ir. Sutami No.6, Sungai Harapan, Sekupang, Kota Batam, Kepulauan Riau 29421, Indonesia (+62 778 323388).

Pool besar gila, ala ala bali

Sijori Resort & Spa Hotel ini sesuai untuk keluarga, Berbulan Madu di Batam. Yang paling penting Sijori Resort ini dekat dengan kawasan Wisata menarik di Batam iaitu Tebing Langit. Tepat jam 5 petang saya ada Press Conference Batam Trail Run 5km boleh baca disini.

Batam memang terkenal dengan Spa kecantikan dan urutan. Jadi pilihan saya di Tiara Mustika Spa beralamat di Panas River, Batam City, Riau Islands 29444, Indonesia. Berminat nak buat tempahan boleh hubungi +62 778 472118 dan website Tiara Mustika.

Kalau travel negara orang tak sah kalau kita tidak cuba makanan laut mereka. Jadi setelah diberitahu dikatakan Batam merupakan salah satu syurga makanan laut betul ke?

Jom lah kita cuba makan di Wey Wey Seafood beralamat di Harbour Bay Downtown Sei Jodoh, Jl. Duyung, Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia. Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi +62 813-7226-2420. Kalau makan sini jangan lupa cuba siput gongong.

wey wey seafood tempat menarik untuk makan

Hari kedua FAM Trip 3 Hari 2 Malam Ke Batam Terbaik diteruskan dengan menerokai Bintan Island dengan menaiki feri Telaga Harbour Crossing Punggur Batam, Riau Islands 29411, Indonesia ke Tanjung Uban. Harga tiket feri dari Batam ke Bintan dewasa IDR 20,000 bersamaan RM6 manakala kanak-kanak IDR 15,000 bersamaan RM4.30.

Ferry ke Bintan island

Masa perjalanan ambil masa 40 minit ke 1 jam. Kita sambung ke entry seterusnya FAM Day Trip ke Bintan Island. Dalam review ini kita kongsi tempat tempat menarik Di Bintan Island yang ramai tidak tahu.

Tempat Wisata wajib Di Bintan Island, Gurun Pasir Busung.
Gurun Pasir Busung, Tasik Buatan

Sekian terima kasih, Salam ikhlas sila kongsi kan cerita ini dengan tekan butang share Facebook atau copy link ini ke media sosial anda.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

2 thoughts on “FAM Trip 3 Hari 2 Malam Ke Batam Terbaik

  • Indahnya Gurun Pasir Busung. Memang tak sangka view macam ni di Bintan. Dah tau pantainya cantik tapi ni lebih menawan.

    Reply
    • hafizi hamsan

      betul tu,rasa nak pergi lagi ke bintan island dengan family.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial