Keputusan Mara Assessment Centre (MAC) 2019 Matematik DG41

Assalamualaikum Dan Tahniah kepada yang berjaya dalam Keputusan Mara Assessment Centre (MAC) 2019 Matematik DG41 pada bulan mac 2019. Saya baru selesai MAC 2019 pada 16 mac 2019 di Institut Latihan Kecemerlangan Mara,Sungai Jawi,Pinang. Jawatan ini dikenali sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk menjadi warga pendidik mara di MRSM atau kolej dibawah MARA. Seperti yang diberi tahu jumlah permohonan sebanyak 65,000 calon setelah lakukan tapisan mengikut syarat kelayakan lebih 3,000 calon yang Berjaya untuk menjawap soalan online MARA.

Mara
Ujian penilaian yang wajib dijawab oleh calon terpilih

Untuk ujian penilaian anda diwajibkan menjawabnya dengan teliti dan yakin. Setelah menjawab dalam masa 1 minggu lebih anda akan dapat mesej menyatakan anda telah Berjaya untuk ke MAC 2019. Sekiranya tidak dapat sms makanya anda gagal ye,boleh cuba lagi bagi yang berminat dalam bidang pendidikan. Sejujurnya memang tidak mudah tapi kena bersedia dari segala aspek. Akhirnya saya pada panggilan ke temuduga Mara Assessment Centre (MAC) 2019 Matematik DG41 kali pertama pengalaman.

Suasana di ILKM sungai jawi,ramai yang dating untuk mencuba nasib

Tips Temuduga MAC 2019

  1. Datang awal ke tempat MAC yang telah dinyatakan dalam surat tawaran.
  2. Print segala borang permohonan mengikut senarai semak yang telah disediakan oleh pihak MARA.
  3. Sesi pertama adalah larian “Beep Test” lari ulak-alik sejauh 20 meter (jangan paksa diri,buat sekadar mampu sahaja, saya pun level 3 je)
  4. Tukar pakaian untuk Temuduga atau Micro Teaching seawall boleh,sebab siapa cepat dapat balik awal dengan jayanya.
  5. Tolong berlatih perkenalkan nama,umur,pendidikan,kekuatan dan kelemahan diri dalam bahasa English ye untuk elak tergagap. (macam saya,disitu dah kurang markah) . Masa ikut kehendak panel, masa kumpulan saya hamper 40 minit jugak.
  6. Micro teaching,anda perlu sediakan Rancangan Pengajaran Harian dan Alat Bantuan Mengajar (kena belajar dari basic ya) Masa 10 minit sahaja.
  7. Berdoa dan tawakal dengan usaha sendiri. Ada rezeki jadi guru mara alhamdulilah. Tidak dapat pun bersyukur masih diberi kehidupan dari Allah S.W.T
Inilah nombor ID MAC saya, sama dengan Mara punya ulang tahun yang ke 53.
Bergambar dengan Ibu tercinta,doa dari ibu

Selesailah setengah hari temuduga MAC 2019 dengan jayanya. Doakan baik baik,walaupun kita tahu kekosongan amatlah terhad tapi usaha itu kerana Allah S.W.T sudah bermakna bagi insan yang kerdil. Siapa yang Berjaya jadi Pendidik Mara boleh lah komen diblog ini dan share lah tips yang berguna supaya adik adik kita boleh Berjaya bersama.

Alhamdulilah selesai MAC 2019 dengan jayanya,walaupun ada berlaku beberapa kekurangan tapi yang penting kita ambil pengalaman untuk Berjaya menjadi Warga MARA. Terima kasih ibu dan isteriku yang banyak memberi sokongan.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

9 thoughts on “Keputusan Mara Assessment Centre (MAC) 2019 Matematik DG41

  • March 21, 2019 at 8:33 am
    Permalink

    Bler nk kua kputusan.
    Ad wat pape grup wasap x untuk mac tahun ni

    Reply
    • March 21, 2019 at 2:23 pm
      Permalink

      Jom buat group, ni number admin 0136265107

      Reply
  • March 31, 2019 at 1:00 am
    Permalink

    ada group tak untk MAC tahun ni mathematic?

    Reply
    • April 2, 2019 at 2:22 am
      Permalink

      WhatsApp 0136265107

      Reply
  • April 10, 2019 at 2:59 am
    Permalink

    Sebarang info update la di sini. Mengikut pembacaan saya kita akan dapat tahu keputusan dalam 2 atau 3 bulan paling awal. Sama2 kita berdoa.

    Reply
    • April 11, 2019 at 1:06 am
      Permalink

      Itu xpasti la shafiq, hal maklum la jumlah yg dtg iv pun ramai, yang power power pun ramai, kekosongan terhad. Tu yg menjadi kan lagi lambat. Utk pemilihan

      Reply
  • May 15, 2019 at 6:56 am
    Permalink

    Penantian satu penyeksaan, hahaha. Harap-harap lepas raya ada lah hebahan keputusan. 😅

    Reply
  • June 10, 2019 at 2:05 am
    Permalink

    Dh keluar ke result?

    Reply
  • June 28, 2019 at 6:58 am
    Permalink

    start jam berapa?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge