Bercuti 4D3N Di Hua Hin Thailand 2018 Secara Solo

Pengalaman Bercuti 4D3N Di Hua Hin Thailand 2018 Secara Solo sememangnya menarik dan terbaik. Bermula dengan perancangan awal dalam menyusun perjalanan serta jumlah bajet untuk digunakan. Mungkin ramai yang tidak tahu adakah sesuai bercuti ke Hua Hin seorang diri? Berdasarkan dalam pengalaman aku ianya berbaloi. Walaupun aku lelaki kadang kadang rasa risau dan takut untuk travel solo ke luar negara tapi kita kena yakin yang niat kita untuk melihat dunia Allah pasti kita akan rasa berani dan tenang.

 

 

Jadi bagi mereka yang teringin travel solo boleh la guna pengalaman saya ini,saya akan ceritakan langkah awalan yang perlu dibuat serta keselamatan. Tiket kapal terbang dah beli pada bulan julai 2018 berharga RM380 dari KLIA2 ke Hua Hin Airport. Kemudian,aku booking tempat ditinggal di Hua Hin menggunakan booking dot com. Setelah meninjau review dibooking dot com aku pun buat pilihan akhir dengan memilih Lub Sabai Hotel.

 

Ianya berkonsepkan Guest House dan aku dapat bilik seorang dengan harga yang sangat murah 1190 baht bersamaan RM143 untuk 4 hari 3 malam. Bila orang tanya travel seorang ke?Aku jawab haah,kenapa? Kawan ramai yang pelik,haha sedangkan tengok wayang selalu seorang.

 

Kalau duduk area sini senang ada Family Mart, dekat dengan Night Market Hua Hin,jalan kaki sahaja.Cerita sikit masa sampai di Hua Hin Airport,masa nak landing kapal terbang tu memang mencabar. Sebab pendek je landasan Hua Hin airport tapi dengan kecekapan Kapten Air Asia aku Berjaya sampai di Hua Hin pada waktu 12.00PM pada suhu yang agak panas.

 

Nasihat aku Bercuti 4D3N Di Hua Hin Thailand 2018 Secara Solo,masa atas kapal tulislah pass imigresen siap siap sebab nanti tak perlu tunggu lama. Turun sahaja terus beratur jadi pilihlah tempat duduk kapal terbang dibahagian belakang,senang keluar awal.

Aku cepat cepat turun dan terus beratur untuk sesi imigresen Thailand, sementara tunggu tu aku terus book grab car untuk pergi ke hotel. Selesai imigresen aku terus tunggu grab kat luar airport, 10 minit sampai lah grab car bernama Pluck. Jarak perjalanan dari Hua Hin airport ke Lub sabai hotel 6.4km ambil masa 15 minit berharga 140 baht bersamaan RM18

 

Antara perkara yang WAJIB buat di Hua Hin Thailand Airport;

  1.  Aku pakai prepaid Digi,jadi kenalah call Digi Helpline 016-2211800 untuk matikan voice mail sepanjang berada di luar Malaysia.
  2. Daftar ‘Data Roaming Digi’ sebaik sahaja sampai di Hua Hin Thailand Airport, *800*3# aku pilih 3 hari data roaming berharga RM25 dapat 5GB dan 60 minit panggilan.
  3. Jimat kalau guna Data Roaming sebab pergi pun seorang dan tak lama dan di Lub Sabai Hotel pun Wifi super best. Cara-cara nak daftar data roaming boleh call je Digi Helpline tu.
  4. Jangan ambil Van airport sebab mahal 400baht seorang, naik grab atau shuttle hotel jika ada. Atau boleh naik bus diluar airport tapi agak susah sebab bus laju.
  5. Langkah terbaik adalah Grab car. Atau paling jimat sewa Motor dekat luar Hua Hin Airport jadi pergi dan balik boleh pakai motor. Terus sewa 4 hari senang,sehari 200 baht.

Kalau dah berjalan solo kenalah pandai berselfie dengan tempat-tempat menarik di Hua Hin Thailand. Untuk tempat menarik dan makanan halal akan diceritakan dalam perkongsian seterusnya. Mudah-mudahan dengan perkongsian secara solo ini dapat memberi pertolongan dan kekuatan untuk anda ke negara jiran ini.

Sedikit sebanyak perkongsian, akan bersambung kepada tempat-tempat menarik di Hua Hin Thailand yang wajib dikunjungi. Jika ada sedikit kesilapan mohon maaf dan selamat mencuba bagi yang ingin datang ke Hua Hin. Jangan lupa share ye. Sekian Terima kasih.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

12 thoughts on “Bercuti 4D3N Di Hua Hin Thailand 2018 Secara Solo

  • December 17, 2018 at 5:19 am
    Permalink

    thank you for the info. Bila eh nak post next entry pasal Hua Hin. Sebab nak pergi bulan depan. Hehehhe

    Reply
    • December 18, 2018 at 7:11 am
      Permalink

      welcome,dalam minggu depan saya post entry itinery 4d3n, dah book hotel ke?

      Reply
      • December 18, 2018 at 10:03 am
        Permalink

        Dah book hotel area night market. 😊

        Reply
        • December 27, 2018 at 8:57 am
          Permalink

          hehe pandai,nanti jadi rider je. senang nak troka jalan hua hin tu.

          Reply
  • February 9, 2019 at 8:40 am
    Permalink

    Dekat airport hua hin tu, ade jual simkad ke? Tq

    Reply
    • February 10, 2019 at 4:51 am
      Permalink

      ada, tapi better pakai data roaming je,lagi jimat.

      Reply
  • March 21, 2019 at 12:03 am
    Permalink

    Dari hua hin ke loburi (bunga matahri ) tu jauh x?

    Reply
    • March 21, 2019 at 2:24 pm
      Permalink

      Kurang pasti, tapi jauh la jugak. Nak dekat sampai Bangkok kalau tak silap.

      Reply
  • July 22, 2019 at 3:58 am
    Permalink

    sewa motor tu dia nak lesen international ke tak perlu? lesen malaysia boleh guna ke? thankyou

    Reply
    • July 28, 2019 at 12:18 pm
      Permalink

      hye syahirah maaf lambat. Tak perlu lesen, sana bebas,tapi jgn la berlaku kemalangan. Atau amik je travel insuran.

      Reply
  • September 4, 2019 at 3:31 pm
    Permalink

    Dah lama juga survey pasal hua hin.. ni macam fist time terbaca blog yg bt trip solo ke sana. Gud job

    Reply
    • November 12, 2019 at 7:59 am
      Permalink

      Terima kasih bro,boleh try,best senang nak jalan pakai google maps je.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge