REVIEW PRODUKSANTAI

Hotel Seri Malaysia Melaka Tempat berbuka Puasa Terbaik

Hotel Seri Malaysia Melaka Tempat berbuka Puasa Terbaik bakal menampilkan konsep Bazaar Ramadhan Di dalam Hotel Seri Malaysia Melaka. Pihak Hotel  akan melancarkan “Bazaar Ramadhan” yang dirasmikan oleh YB Datuk Wira Roslan Bin Ibrahim. Dihadiri oleh Datuk Wira Roslan Bin Ibrahim, Setiausaha kerajaan Negeri Melaka dan YBHG Datuk Haji Murad Bin Haji Husin, Yang Dipertua MPHTJ. Berserta jemputan jemputan lain dijangka menyerikan lagi majlis pelancaran bazaar ramadhan dan berbuka puasa ini.

 

 

Pihak pengurusan Hotel seperti mana sebelum ini juga telah menjemput Pelajar dari Madrasah AS-Solihin Merlimau. Bersama merasai kemeriahan berbuka yang juga dihadiri para pekerja dan kakitangan hotel. Hotel Seri Malaysia Melaka Tempat berbuka Puasa Terbaik kerana menampilkan konsep masakan tradisional.  Cara hidangan ala buffet serta warung/kiosk yang menyediakan makanan kegemaran rakyat malaysia.

Antara Menu hebat dari Buffet Ramadhan Hotel Seri Malaysia Melaka iaitu:

Kambing golek, gulai kawah, dan lain lain. Sajian pencuci mulut memenuhi meja buffet terdiri dari kuih-muih tempatan pelbagai rasa termasuk  Pengat dan Bubur Manis serta buah – buahan segar dan semusim.

 

Pihak pengurusan hotel juga sentiasa memastikan sumbangan CSR ( Corporate Social responsibilities ) hotel dengan memberi peluang  kepada peniaga peniaga kecil di negeri Melaka. Memeriahkan lagi Bazaar Ramadhan ini yang mana peniaga-peniaga kecil ini di-beri peluang berniaga secara percuma di ruang legar ( lobby ) hotel sepanjang bulan Ramadhan ini. Anak-anak sekolah yang di-jemput juga menerima sumbangan dalam bentuk “Sumbangan Bagi Pelajar Cemerlang” setiap ramadhan.

Tahun ini pihak hotel masih mengekalkan harga berbuka yang sederhana bagi para tetamu. Bagi tetamu tetamu yang terpilih tawaran harga istimewa telah pun diberi dan setakat ini sambutan yang diterima amatlah menggalakkan .Hotel Seri Malaysia Melaka juga menyediakan pakej-pakej harga istimewa sepanjang bulan ramadhan ini yang bersesuaian bagi individu atau keluarga mahupun “Group package”.

Bagi pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh-lah terus menghubungi kami di talian untuk tempahan. Tawaran harga pakej bermula dari RM58 untuk dewasa, manakala kanak-kanak RM28. Jom meriahkan ramadhan tahun ini dengan keluarga di Hotel Seri Malaysia Melaka Tempat berbuka Puasa Terbaik.

Nombor telefon: 06 232 8460 . 232 8470 ( faks )

Email: hsmm_marketing@yahoo.com

Sekian terima kasih.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial