Arnab Shop Melaka Di Serkam Pantai Melaka
Arnab Shop Melaka Di Serkam Pantai Melaka dan Hobi memelihara haiwan peliharaan semakin meningkat dalam kalangan orang Malaysia, jom belajar memelihara arnab dengan Arnab Shop Melaka. Mungkin ramai tercari-cari kedai atau persendirian yang menternak arnab untuk jadikan haiwan kesayangan atau tujuan komersial kan daging arnab. Secara ringkas Arnab Shop Melaka merupakan menternak sambil memberi peluang sahabat diluar sana untuk memelihara arnab dengan cara yang betul.
Sedikit pengenalan untuk Arnab Shop Melaka Di Serkam Pantai Melaka ini mula beroperasi dari rumah sahaja pada tahun 2015 dengan bermula baka teddy bear sebanyak 4 ekor sahaja iaitu 3 betina dan 1 jantan. Bermodalkan rm500 untuk membuat sedikit sangkar dan stok makanan,dari 4 ekor arnab tersebut ianya membiak kepada 20 ekor. Bermulalah idea untuk menjual secara online kepada peminat arnab secara suka-suka. Rata-rata pelanggan Arnab Shop Melaka adalah dari Melaka akan tetapi ada jugak dari Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan paling jauh Kelantan.
Cara Penjagaan Arnab Peliharaan atau Arnab Pedaging
- Langkah pertama,anda mestilah mempunyai kewangan yang kukuh untuk membeli makanan arnab serta membina sangkar yang sesuai untuk arnab. Jika anda hanya bela untuk suka-suka pastikan sangkar itu sesuai diletakkan di ruang rumah anda yang berbumbung.
- Ikut bajet anda,jika mampu untuk beli arnab Mix atau kampung harga antara rm45-60 sahaja. Jika anda jaga dengan baik,bila raya dah boleh sembelih untuk buat rendang arnab dipagi syawal.
- Makan dan minum mestilah cukup dan jangan terlalu banyak bagi makan nanti arnab boleh sakit dan mati, Elakkan bagi makan sayur kangkung,atau sayur yang berair. Kalau boleh bagi makan pallet dadak arnab, rumput alfalfa, oat kasar, dan daun mulbery (khas untuk betina).
- Bersihkan bekas najis dan air kencing arnab seminggu 3 kali supaya kawasan arnab tersebut bersih dan tiada bau yang teruk.
- Jangan campurkan arnab jantan dewasa dan betina dewasa dalam satu sangkar,jika tujuan mengawan biarkan separuh hari sahaja.
- Jangan dedahkan arnab ditempat yang panas kalau boleh biarkan berbumbung.
Mungkin ada yang mengeluh bau najis arnab,tetapi jangan risau Arnab Shop Melaka ada penyelesaiannya dengan campuran air khas untuk arnab. Berminat boleh whatsapp Arnab Shop Melaka di 013-6265107 atau boleh berkunjung ke rumah Arnab Shop Melaka di KM18,Jalan aman kampung serkam tengah. Arnab Shop Melaka Di Serkam Pantai Melaka juga ada menjual anak arnab baka campuran, baka ND,baka Teddy Bear,dan stok ikut musim pembiakan arnab tersebut. Hanya pembeli yang serius sahaja dilayan dan harga adalah patutan.
Harga Arnab Shop Melaka Di Serkam Pantai Melaka (semua harga dibawah adalah paling minimum)
- Baka Arnab Kacuk (MIX)- Anak arnab seekor RM40, sepasang RM70. Baka/induk seekor RM100, sepasang rm170
- Baka Arnab New Zealand White – Anak arnab seekor RM100, sepasang RM170. Baka/induk seekor RM150, sepasang RM250
- Baka Arnab Netherland Dwarf- Anak arnab seekor RM180, sepasang RM300. Baka/induk seekor RM300, sepasang RM500
- Baka Mini Rex dan Holland lop belum ada di Arnab Shop Melaka,jika berminat kami boleh dapatkan baka tersebut.
Semua harga telah ditetapkan oleh Arnab shop melaka dan team arnab melaka. Jika ada stok untuk dijual baru lah datang ke rumah ye kalau tak dapat tengok tengok je. Jemput like Fan Page kami : Arnab Shop Melaka atau menjadi sahabat kami dengan share fan page kami kepada rakan rakan anda.
wah comel-comel semua arnab tu.Macam-macam jenis ye arnab.Kalau tak baca info ni mesti tak tahu dengan lebih lanjut.Terima kasih atas info itu.Info yang berguna dan padat dengan maklumat.
Terima kasih ira, boleh share kepada rakan fb untuk peminat arnab.
Lucu banget sih hewan nya