ILMIAHSANTAI

Pengalaman Naik Bas Dari Kota Kinabalu Ke Tawau Selama 10 Jam

Pengalaman Naik Bas Dari Kota Kinabalu Ke Tawau Selama 10 Jam adalah pertama kali dan terakhir kali bagi aku. Sabah merupakan negeri yang terkaya dengan sumber hasil balak dan tangkapan laut tetapi adakah pembangunan mereka setanding dengan Semenanjung? Jom ikut Pengalaman Naik Bas Dari Kota Kinabalu Ke Tawau Selama 10 Jam yang penuh dugaan dan cabaran. Mungkin ramai tertanya tanya kenapa saya memilih perkhidmatan Bas Express Bumimas kerana kami ingin merasa bagaimana Rakyat sabah berkorban demi negara dengan keadaan jalan raya yang berbukit bukau. Ya, memang betul Kerajaan pandai bermain kata dengan rakyat sabah,ada perancangan untuk rakyat sabah seperti Pan Borneo Highway. Menerusi bajet yang disiarkan seluruh dunia demi menunjukkan yang mereka sayang pada sabah. Tetapi jika anda orang semenanjung yang pernah datang ke Sabah atau kawasan pendalaman amat sedih kerana segala bekalan yang dikatakan ada sebenarnya tidak sampai kepada mereka.

 

Mungkin Pengalaman Naik Bas Dari Kota Kinabalu Ke Tawau Selama 10 Jam saya hanya mampu menulis serba sedikit pengalaman dan perasaan yang saya lalui sepanjang jalan dari KK ke tawau. Bagi pendapat dan pengalaman sepatutnya negeri Sabah dan Sarawak yang kita kena bangunkan seperti Kemudahan Air, Kemudahan Tenaga Elektrik, Kemudahan Pengangkutan, dan paling penting kemudahan Jalan Raya yang sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke masa. Sepanjang perjalanan dari KK ke tawau, masa perjalanan 2jam pertama cuaca agak baik, aku bergerak jam 12:30PM dari inanam KK yang berharga RM50 seorang menuju Keningau yang mengambil masa selama 3-4jam. Semasa dalam perjalanan ke keningau,cuaca kurang baik sepanjang perjalanan hujan berserta ribut laluan lereng bukit gabus dan daun daun pokok berterbangan seperti salji. Kami hampir hampir jadi mangsa pokok tumbang dari atas lereng bukit,alhamdulilah pemandu bas sempat mengelak.

Perjalanan 4jam kami sampai ke perhentian pertama di Keningau Sabah. Berhenti selama 30 minit untuk turunkan penumpang disitu dan tambah penumpang serta barang barang yang akan dihantar ke tawau. Jadi sempatlah bersama-sama yang lain turun ke pasar keningau dikatakan kebetulan ada waktu tu. Jalan jalan tengok ada jual sayur-sayur yang segar,buah, kuih muih dan pelbagai lagi. Setelah itu,perjalanan diteruskan ke sapulut dan kami berhenti rehat di Maliau Basin untuk minum pada ketika itu jam menunjukkan jam 8 malam. Kalau kita disemenanjung ada Hentian RNR tapi bertapa sedih disabah tiada langsung. Ditambah pula dengan keadaan jalan yang berlubang dan kesan tanah runtuh yang tidak diselenggara oleh kerajaan Sabah. Memang sedih dan rasa tidak selamat jika lalu jalan tersebut dengan tiada lampu jalan serta tiada ciri-ciri keselamatan. Adakah Sabah ini sebagai negeri angkat?? sedangkan Sabah lah yang paling banyak membantu peluang undi kerajaan menang. Itu pendapat aku sahaja selebihnya anda yang menilai sendiri. Masa aku pergi sabah, hujan lebih dan terus banjir kilat, kalau kita tengok zaman dulu jarang nak dengar sabah kena banjir. Tapi sekarang siapa yang telah memusnahkan hutan dan merogol hutan balak?? Sendiri lihat dan sendiri dengar.

Meja snooker ni,tapi mereka tengah bertarung tu. Namanya manjin
Sempat jalan jalan kat pasar keningau,tengok apa yang mereka jual. Kebanyakkan hasil bumi,seperti buahan,sayuran,dan bahan kering.

Penutup Pengalaman Naik Bas Dari Kota Kinabalu Ke Tawau Selama 10 Jam ini bagi aku dikatakan tidak selamat dan sangat bahaya buat pelancong. Kalau aku sebagai pelancong luar negara aku pun nak merasa naik bas untuk teroka banjaran Sabah tapi jika jalan tiada pihak yang menjaganya pasti sektor pelancongan kita akan tandus dan usang dek kerana kerajaan yang tidak sopan dalam pemerintahan mereka. Bukan nak berpolitik tetapi saya ingin selamatkan keadaan dan kehidupan orang Sabah. Hidup Sabah untuk semua,sabah maju Malaysia kehadapan.

Sempat bergambar di kawasan pasar tamu keningau
Berehat di R N R buatan orang tawau sendiri. Minum panas je,sebab dah kenyang angin.

Sekian dari saya Hafizi Hamsan,perkongsian ini adalah untuk kesedaran bersama bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa pun, tetapi untuk sama sama majukan sektor pelancongan di Sabah. Pengalaman Naik Bas Dari Kota Kinabalu Ke Tawau Selama 10 Jam dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca network ini.

Assalamualaikum.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

3 thoughts on “Pengalaman Naik Bas Dari Kota Kinabalu Ke Tawau Selama 10 Jam

  • Catatan yang membuka minda tentang keadaan di Sabah sana. Bagus..
    Saya belum dapat peluang untuk jalan-jalan di Sabah.

    Reply
    • hafizi hamsan

      ya terima kasih ye amirul, kalau kita tidak pergi sendiri melihat mereka. dah tentu ditipu oleh berita sahaja.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial