Bukit Beruang Tempat Terbaik Untuk Semua Mendaki
Stamina sangat penting jika ingin mencuba aktiviti mendaki bukit serta berjalan dalam hutan. Kali ini aktiviti hujung minggu ialah mendaki bukit beruang melaka serta berjaya menamatkan kesemua Check Point yang ada. Bukit Beruang Tempat Terbaik Untuk Semua Mendaki ianya kerana tidak begitu susah tetapi ianya memerlukan Stamina yang amat amat kuat. Kebiasaanya peminat sukan marathon serta dakian mereka akan memilih Bukit Beruang untuk menjadi tempat latihan mereka.
Hal maklumlah melaka akan adakan “Sugar Run” pada 6 November 2016 pada Hari Ahad jam 7 pagi. Bagi yang sudah mendaftar tahniah dan semoga berjaya ye. Bukit Beruang Tempat Terbaik Untuk Semua Mendaki tetapi hendaklah diingatkan supaya siapkan diri anda untuk mantopkan stamina anda, aspek keselamatan amatlah penting, sediakan air minuman dalam botol minuman bukan botol pakai buang bagi menjaga alam sekitar hutan bukit beruang atau bear hill. Saya menasihatkan anda pergi dan rancang bersama rakan-rakan anda,elakkan bersendirian ketika mendaki.
Check Point Bukit Beruang Tempat Terbaik Untuk Semua Mendaki:
1) Check Point 1 CP1 mengambil masa 15-20 minit bermula dari Check Point 0 CP0 (kawasan dalam hutam boleh bergambar)
2) Check Point 2 CP2 mengambil masa 20-30 minti bermula dari Check Point 1 CP1 (kawasan menghadap perumahan boleh bergambar)
3) Check Point 3 CP3 mengambil masa 15-30 minit bermula dari Check Point 2 CP2 (kawasan dalam hutan berlatarbelakangkan batu bukit)
4) Check Point 4 CP4 mengambil masa 20-30 minit bermula dari Check Point 3 CP3 (kawasan dalam hutan tapi ada kawasan rehat yang luasan dan akan jumpa area pemandangan melihat melaka jelas hingga ke laut)
5) Jumlah masa saya tolak tambah rehat around 1 jam 40 minit. Tapi anda jangan terkejut jika terlihat orang yang sama tertembung kerana mereka sudah biasa so akan nampak mereka 2 kali atau 3 kali biasa.
Faktor umur pun penting juga tapi melihat kepada pengunjung yang datang lingkungan dalam umur bermula 10 tahun hinggalah ke 48 tahun rasanya. Nasihat saya jangan paksa diri atau rakan anda jika rakan anda atau anda sendiri tidak mampu untuk ke Check Point seterusnya. Pastikan langkah anda ketika dalam hutan mestilah yakin dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Bagi yang sudah biasa mungkin perlu perhatian pengunjung yang pertama kali datang.
Bagi saya Bukit Beruang Melaka lebih mencabar dari Broga Hill tapi jika anda kata tak itu masing masing punya level. Jadi,bagi yang belum pernah sampai ke Bukit Beruang Melaka ini bagi tujuan mendaki boleh datang kerana Bukit Beruang Tempat Terbaik Untuk Semua Mendaki Ye!! Selamat mencuba sekian terima kasih.
wahh, macam menarik. next target location for hiking.
Ira recently posted…Penekanan Agama Walau Bersekolah Cina
memang menarik Ira, tapi kalau xkuat mental memang xdpt abiskan..
Apa aktiviti yg sesuai dilakukan dkt puncak or dkt bukit beruang tu??
jungle tracking..ada 4 checkpoint.
BB mmg best. Every week saya bawa anak 1stgh tahun – 4thn. Saya cadangkan, Lepas ni boleh la cuba bukit mor, muar. View ok juga
betul tu,memang ada nak cuba bukit mor. Tapi belum berkesempatan ke sana.