Tempahan Nasi Lemak Sekitar Melaka
Tempahan Nasi Lemak Sekitar Melaka adalah projek sejak saya kecil lagi sebab mak saya memang pandai masak. Kalau bab sambal goreng atau sambal nasi lemak mak saya memang juara. Adalah juga cuba-cuba nak belajar buat sambal nasi lemak tu tapi memang leceh sebenarnya.
First, kena pastikan anda sudah membeli lada kering paling penting campurkan separuh pedas dan kurang pedas supaya anak kecil pun boleh makan. Lada kering tersebut perlu digunting terlebih dahulu bagi tujuan mengeluarkan biji lada. Setelah gunting rendam dan rebus lada tersebut berperingkat-peringkat sehingga habis.
Sambil menunggu lada siap direbus dah boleh siapkan minyak masak, bawang putih, bawang merah (kecil punya bawang), belacan yang telah dibakar, garam,gula, dan air asam jawa. Benda paling penting buat wanita diluar sana perlu belajar adalah membuat sambal goreng atau bahasa bandar sambil tumis ikan bilis.
Jika kawan-kawan berminat untuk membuat tempahan nasi lemak dengan harga yang murah dan sedap boleh buat Tempahan Nasi Lemak Sekitar Melaka di number nie 013-6265107.
Antara Pakej Tempahan pernah diambil:
1- Tempahan Nasi Lemak Sekitar Melaka untuk sarapan, makan malam dan pelbagai majlis kecil
2- Tempahan masakan lauk pengantin seperti ikan siakap 3 rasa, Udang pengantin junjung kasih, pulut kuning dan ayam, ayam masak merah kampung, telur burung puyuh berserta hiasan. Harga biasa ikut kemampuan dan bilangan keluarga pengantin.
3- Sambal goreng
4- Masak paceri mangga
5- Bubur asyura
Ini antara menu mendapat sambutan. Tapi target untuk menu Tempahan Nasi Lemak Sekitar Melaka. Sama-sama kita jaya projek nasi lemak saya bersama mak saya. Terima Kasih yang pernah order dan repeat order.
Sekian Terima Kasih.
menarik namanya….
nurul fatin adiana recently posted…Tips Naikkan Platlet Untuk Demam Denggi
terima kasih, nurul fatin, alhamdulilah saja nak bantu mak punya bisness
macam best je
boleh tahan, tapi xdapat nak penuhi permintaan sebab terlalu byk yg order urgent hehee..