Nasi Arab Hadramawt Palace Kini Di Melaka
Nasi Arab Hadramawt Palace Kini Di Melaka telah menampilkan kelainan dari segi hidangan dan Harga Nasi Arab yang berpatutan. Nasi Arab Hadramawt Palace dikenali sebagai “House Of Arabic Dishes” yang beralamat di Pusat Niaga Bukit Baru 75150, Melaka Malaysia. Restoren Hadramawt palace terkenal dengan hidangan tradisional dari Yemen dan Lubnan. Restoren Hadramawt merupakan pilihan seisi keluarga yang terbaik kepada penggemar makanan tradisional yemen dan lubnan.
Antara Hidangan Yang Ada Di Nasi Arab Melaka Hadramawt Palace:
Hidang Pembuka Selera
Hidangan pembuka selera juga turut disediakan yang berasaskan sayuran segar dan berkhasiat di adun bersama minyak zaitun terpilih, bijirin habbatus sauda, pati bijan dan jus lemon segar yang menepati selera setiap yang mencubanya.
Masakan Panggang (Grills)
Daging kambing atau ayam yang telah diperap dengan rempah ratus terpilih dan berkualiti tinggi. Di panggang dengan bara arang hingga masak serta dihidang bersama sos bawang putih istimewa. Kebab Halabi, kebab orveli, kebab bazinjan.
Masakan Panas
Daging kambing segar yang dipotong dadu, dimasak dengan rempah ratus dipilih secara tradisional turut dihidang secara tradisional dengan menggunakan periuk tanah (claypot). Boleh dinikmati dengan nasi dan roti. Fhasa, Moghalghal chicken, oqdah, dan kibbdeh.
Nasi Mandy
Nasi Mandy merupakan masakan gourmet dan tradisional hadramawt dengan penyediaan yang terperinci dalam dapur tanah liat dengan menggunakan arang yang bersuhu tinggi tapi di Nasi Arab Hadramawt Palace Melaka menggunakan periuk tapi rasa masih sama seperti tradisional. Ayam dan kambing magluba, mandy, dan madhout.
Nasi Arab Hadramawt Palace Melaka turut menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan serendah RM19 seorang,pakej katering, dan pelbagai pakej yang sesuai.
Hidangan Tengahari Serendah RM10.90 bermula jam 11.30 pagi hingga 2 petang. Antara hidangan yang ada Chicken Mandy + Salad with Drinks, Fahsa + Salad with Drinks, dan Chicken Spaghetti + Salad with Drinks.
Sebarang pertanyaan serta tempahan boleh hubungi:
Encik Hisham – 016 6426776 / 06-2866662
website: www.hadramawtpalace.com
Facebook: Hadramawt Palace Melaka
phew.
jahat-jahat tengok lauk.
shark recently posted…Facebook JPJ Malaysia Dah Mula Siar Gambar Kereta Pesalah Lalulintas
boleh tahan jahat lauk tu, sebab semua menyegat