Trip Murah Ke Kota Kinabalu Sabah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, walaupun dah lama percutian ke Kota Kinabalu Sabah tapi Saya nak kongsikan Trip Murah Ke Kota Kinabalu Sabah. Ramai yang akan tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan penjimatan kos untuk bercuti dan itu memang sudah menjadi kebiasaan pada setiap individu orang kumpulan yang ingin bercuti atau membuat trip percutian. Di Malaysia sudah tentu terkenal dengan tempat-tempat menarik untuk dijadikan tempat berehat dan percutian. Sebagai contoh, Negara Malaysia ada pelbagai jenis pulau, sungai, pantai, air terjun, dan tempat-tempat yang indah dan sentiasa dipenuhi dengan pelancong luar dan dalam negeri.
Dipendekkan cerita kami telah memutuskan untuk membuat TripĀ Kota Kinabalu Sabah disebabkan adanya promosi tiket kapal terbang dari Air Asia ke KK Sabah. Trip Murah Ke Kota Kinabalu Sabah ini telah kami rancang selama 5 hari dan telah menyediakan tempat-tempat yang untuk kami lawati dan nikmati. Dengan mendapat tiket yang berharge RM136 perjalanan pergi dan balik kami pun telah selamat sampai ke KK Sabah.
Antara Trip Murah Ke Kota Kinabalu Sabah:
1- Pengurusan Kewangan Yang Teratur & Cukup.
Disebabkan tempat tinggal kami dapat tumpang dirumah kawan kami disabah telah menjadikan kos penginapan selesai dan ada penjimatan. Jika anda ada rakan-rakan disabah itu adalah rezeki anda untuk jimat. Jadinya, kami semua dah ada tempat tinggal. Sampai je disabah dikira hari pertama menjejakkan kaki ke sana dan terus berehat dirumah rakan. kewangan adalah penting dan jangan sesekali boros atau terus nak beli macam-macam untuk dibawa pulang.
2- Pengurusan Lokasi Untuk DiKunjungi.
Lokasi pertama-adalah Gunung Kinabalu dan ladang lembu “Susu Desa”, tapi perjalanannya lama juga tak sempat nak rekod tapi jalan nak ke sana agak mencabar tapi pemandangan gunung semuanya cantik dan nyama.
Lokasi kedua-adalah kolam air panas yang sangat menarik dan unik tapi sayang terlupe bawa pakaian lebih jadinya kami rendam kaki je. Semasa nak ke lokasi air panas anda akan melalui jambatan gantung dan dibawahnya adalah jeram yang deras dan cantik.
Lokasi ketiga- pada mulanya nak pergi ke kolam ikan kelah tapi “harap maaf sungai banjir” jadi kami balik dan ubah lokasi ke Rumah Terbalik Sabah. Setelah sampai kami pun masuk ke sana ada bayaran dan tidak boleh guna kamera bila dalam rumah tersebut tapi lokasi luar boleh amik gambar. Jika anda masuk semua barang kelihatan di atas anda seperti anda berjalan diatas siling. Menariknya mereka kata ada sejarah rumah tersebut ada peristiwa berlaku kalau nak tahu kenalah datang Sabah bah. Bayangkan tv dan semuanya terbalik dan ada taman terbalik dan banyak lagi biarlah gambar berbicara.
Lokasi keempat- Trip Murah Ke Kota Kinabalu Sabah dilanjutkan ke Tiga Pulau tapi kami hanya dapat pergi Pulau Sapi untukĀ melihat dasar laut dan “coral”.
Kalau dah sampai sabah jangan lupe singgah makan lokan bakar terbaik dan terlazat serta jeli kelapa lain dari lain sebab dalam buah kelapa itu lah jeli kelapa.
teringin nak pergi lagi ke KK dengan family…masih ada tempat yang belum dilawati.
ema recently posted…Masuk PLKN Umur 30 Tahun
hehe…boleh rancang dari sekarang… best sgt p Sabah… lgi best kalau ada kenalan di sana..
Wah! sempat pegi Minsilau ya? Masa kat Kundasang tinggal di resort mana?
Ismail N recently posted…Oldest Player To Score In Champions League
mase kat kundasang x tido resort sebab pegi pagi petang dalam kul4 dah balik ke kk, sebab kabus tebal… tapi sayang xdpt main ikan kelah…
memang murah gak sebenarnya nak ke sabah nih..
jaji pandai rancang.
titan recently posted…8 Tips BERKESAN untuk Encik Suami anda BERHENTI main Clash of Clans.
betul betul,, preparation is importance
Teringat pengalaman pergi Sabah. Kundasang is the best!!. prasan tak kereta terbalik tu no plat jdx, jauh dia berjalan dari johor sampai ke sabah hihi Sangat best pergi Sabah dan Sangat berbaloi š
Ani Haryani recently posted…5 Sebab Kenapa ESP Menjadi Produk Terkenal Shaklee
memang pun dari Johor org sana ckp..tapi menarik dan unik.. Malaysia Terbaik
Selamat datang di KK (walaupun dah lewat),sila datang lagi.
Abdur recently posted…Cara Memasang SSL
hehe terima kasih, nak p pulau mabul kalau keadaan sana dah ok.. Amin..