Ciri-Ciri Laman Web Yang Terbaik
Assalamualaikum selamat berpuasa semua, macam mana amalan bulan ramadhan dapat diperbanyakkan tak? Semoga dapatkan ramadhan kali ini penuh barakah. Perkongsian kali ini adalah ciri-ciri laman web yang terbaik atau laman web otai-otai yang sudah lama bertampak dalam dunia laman web ini. Baiklah, siapa yang lebih berhak menentukan sesebuah laman web itu mempunyai reka bentuk yang baik dan terbaik atau sebaliknya selain daripada pengguna yang menggunakannya. Ciri reka bentuk laman web yang terbaik merupakan satu isu yang agak subjektif dan mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza. Ini memandangkan setiap pengguna adalah unik dan masing-masing mempunyai cita rasa sendiri,pendapat dan juga pilihan tersendiri. Bahagian seterusnya akan menceritakan secara umum beberapa ciri utama yang boleh diperhatikan bagi menentukan samada sesebuah laman web itu dikatakan sebuah laman web yang baik atau sebaliknya.
Antara, ciri-ciri laman web yang terbaik:
1-Laman Web yang sentiasa diuruskan dengan baik
Laman web yang diuruskan dengan baik boleh merujuk kepada pelbagai aspek dan salah satu aspek yang utama ialah pengurusan maklumat. Maklumat yang diuruskan dengan baik pula merujuk kepada bagaimana ianya diolah,ditadbir,disusun,diorganisasi dan seterusnya dipersembahkan kepada pengguna yang setia. Antaranya ialah dengan menyusunnya mengikut keperluan pengguna, berdasarkan kesamaan atau kategori yang sama, berdasarkan hieraki dan sebagainya. Sebagai contoh, bagi laman web berbentuk pembelajaran, maklumat mungkin boleh disusun mengikut subjek, topic ataupun tahap kesukaran. Bagi laman web berbentuk perniagaan pula, ianya mesti disusun berdasarkan produk, harga, unit pengeluar dan sebagainya.
2-Laman web yang mudah diterokai
Laman web yang diuruskan dengan baik mudah bagi pengguna untuk bergerak meneroka dari satu laman web ke laman yang lain.
Selain itu, terdapat pelbagai cara yang membolehkan laman web kita mudah diterokai oleh pengguna yang ramai. Antaranya ialah dengan memecahkan helaian laman web yang panjang sudah menjadi lebih pendek dan mudah untuk difahamkan. Tolong elakkan helaian laman web yang terlalu panjang kerana ia mungkin boleh mengundang kebosanan kepada pengunjung. Selain itu, pastikan juga kita ada satu pautan yang membolehkan pengguna kembali ke laman utama pada setiap helaian laman web. Sistem navigasi yang mudah difahami adalah satu factor laman web anda adalah yang terbaik.
3-Laman web anda mampu menarik perhatian
Terdapat pelbagai cara untuk menarik perhatian pengguna terhadap laman web anda. Menarik perhatian penggunan bukanlah bermaksud ianya memerlukan penggunaan grafik yang cantik atau teknologi multimedia yang canggih. Ringkas dan jelas juga merupakan suatu ciri laman web yang mampu menarik perhatian. Selain itu, laman web yang menggunakan warna yang ringkas dan biasa dengan harmoni antara satu sama lain serta boleh dipaparkan dengan sempurna pada kebanyakan perisian pelayaran web juga merupakan ciri yang mampu menarik perhatian pengguna bijak. Selain itu, kita hendaklah memastikan setiap elemen grafik yang digunakan bersaiz kecil (kurang daripada 50kb misalnya). Ini khususnya bagi pengguna yang melayari Internet menggunakan teknologi sambungan dail.
Sekiranya elemen animasi atau video digunakan, pastikan ianya benar-benar perlu dan tidak mengangu tumpuan atau keselesaan pengguna semasa melayari laman web anda. Terlalu banyak elemen yang bergerak di skrin menyebabkan laman web anda loading atau lambat untuk dipaparkan. Ini menyebabkan pengguna setia anda bakal lari dari laman web anda.
Sekian, Terima Kasih.
Hafizi Hamsan
Laman web yang mesra pengguna dan pengguna mudah faham macam mana nak order barang(contoh web jualan online), mudah nak buat paymet etc.
Denaihati recently posted…Keputusan Suku Akhir Piala Dunia 2014
betul tu,dan tidak membebankan para pengguna untuk membeli.. perlu ada system yang teratur..
Laman web yang ceria dan tidak terlalu over juga mampu menambat hati si pembaca utk setia dgn kita.InsyaAllah 🙂
Farisya Anastasyia recently posted…Tulisan Ini Buat Saya Juga Tersentap
hehe..betul tu,yang penting tuan punya laman web pun kena ceria macam duniafarisya hehehe
bagi saya ciri ciri laman web yang baik adalah sebuah laman web yang aktif dan menulis artikel yang memberi kepada yang membaca
myrujukan recently posted…Rujukan vs Myrujukan – Pilih Domain Dengan Betul
Aktif dan produktif sebagai alat untuk kekal sebagai laman web terbaik..
saya lebih suka laman web yang simple dan kemas beserta warna yang menarik perhatian
aRz MoHa recently posted…Melangkah dan Persaingan | Motivasi
Betul tu azril, laman web biar simple dan dilengkapi dengan warna yang menarik..
Laman web upin ipin tu smart.
paan recently posted…Frozen Versi Ramadhan by Amar
Betul tu, tapi kalau laman web animasi memang smart sebab orang yg design tu memang otai..
Info yang menarik bagi orang baharu macam saya ni. Saya suka yang simple dan menarik perhatian pengunjung.
Nor Ariffin Hamzah recently posted…Khasiat Tembikai
Terima Kasih maaf lambat balas,Simple lagi best sebb x loading sangat..
kena ada salji.
itu barulah yang terbaik sekali. haha
titan recently posted…Komisen Ke 15 dari Ashadee.com
hehe…salji tu memang benda wajib tu..
cantek gak grafik yang dpamerkan kt atas tu..lepas ni kne banyak belajar lagi laa
farid laham recently posted…Tempat Menarik Di Macau
hehe..sama sama, biase biase je tu farid laham..