Pajak Gadai Dalam Islam
Pajak Gadai Dalam Islam dikenali sebagai satu produk baru yang kini menjadi tempat di mata masyarakat Islam. Mungkin ramai yang tidak tahu apakah kepentingan dan kebaikan Pajak Gadai Dalam Islam. Ramai yang lebih gemar dan lebih selesa pergi ke pajak gadai yang tidak berlandaskan syariah islam. Cepat atau lambat hari semakin hari terus menjadi cabaran buat hidup. Emas atau barang berharga lebih senang untuk menjadikan produk gadaian. Masalahnya disini ramai masyakat Islam kita tidak tahu mana lagi bagus. Sebagai contoh, jika kita ke pajak gadai yang tidak berlandaskan syariah Islam sudah tentu kita akan dikenakan duit bunga atau bayaran keatas loan yang kita dapat. Oleh yang demikian saya sebagai seorang Mahasiswa UiTM Shah Alam telah menyiapkan projek semester akhir mengenai Ar-Rahnu yang lebih sesuai.
Saya tidak menjuruskan kepada umum tapi kita haruslah ingat Islam itu mudah seperti yang telah dinyatakan oleh Ustaz-Ustaz dan Para Penceramah. Sebarang maklumat lanjut boleh lah pergi ke laman web tersebut. Ar-Rahnu ada dua pilihan samada yang dibawah naungan bank seperti RHBi Bank, Bank Rakyat, Agro Bank, dan berikutnya. Manakala bagi badan koperasi pula seperti YaPEIM, Pos Malaysia, Primas, dan lain-lain. Malaysia semakin hari semakin banyak perubahan yang berlaku. Kita sebagai umat Islam perlu berbangga dengan produk yang berlandaskan syariat Islam.
Bukan mudah untuk kita mengukir sesuata di atas permukaan yang keras. Ianya perlu di lembutkan dan perlu ada teknik barulah berhasil. Apa yang saya ingin kongsikan pihak Ar-Rahnu hanya mengambil upah simpan dan tidak mengenakan apa-apa cas yang lain. Upah simpan mengikut harga emas, ada yang memberi tempoh 6 bulan, ada yang memberi 3 bulan dan 3 bulan. Pajak Gadai Dalam Islam akan terus maju dengan sokongan anda!
takde apa yang nak gadai.. apalagi nak masuk pajak gadai
zool recently posted…Separuh pengguna RON95 memandu kereta mewah
hehee… kalau xnak pajak gadai boleh beli emas lelong dekat Ar-rahnu murah dan boleh jual balik dapat untung
Pajak gadai ni satu yg agak taboo bagi masy melayu. Ramai yg pandai sinis bila kita pergi ke kedai pajak gadai. Tapi the truth is pajak gadai adalah jauh lebih baik dari pinjaman konvesional yg lain kerana kita tak berhutang dalam erti kata hutang yg sebenar. Kita cagarkan sesuatu utk menggunakan wang orang lain dan jika kita tidak dapat membayar balik, maka barangan yg dicagar akan di ambil tanpa merugikan pihak memberi wang tersebut.
Ismail N recently posted…Movie Review: Edge of Tomorrow
betul tu, lepas buat kajian tentang Ar-rahnu maka terjawap la segala kebenaran Islam itu mudah..
menariknya, orang bukan Islam dinegara kita pun ramai yang guna Ar-rahnu.
Denaihati recently posted…Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
haah betul tu, masa buat lawatan ke ar rahnu ada jugak temuramah pelanggan cina ni die cakap kenapa perlu susah susahkan diri untuk bayar bunga baik bayar upah simpan sahaja..
tak pernah lagi pajak atau gadai apa-apa lagi. hoho..
titan recently posted…14 Teknik Segera untuk dapat trafik yang CONVERT sales.
Cubalah, memang terbaik. Kalau ada duet boleh beli emas lelong kat Ar rahnu pastu simpan dan bile harga emas mahal pada 2015 nanti jual balik dapat untung.. tak de bagi kat bini hehehe or mak
Tak pernah lagi pajak gadai barang kemas… Tak boleh mula, bila mula akan nak buat selalu.
ema recently posted…Sambal Daging Kering
Selalu nya, Ar rahnu akan ada buat Lelong so kalau yang memang ada modal akan beli emas tu dan simpan. Tapi Ar rahnu untuk tolong umat islam dari kesusahan