Pertandingan Tamiya Mini 4WD
Pertandingan Tamiya Mini 4WD | Jenama permainan Tamiya Mini yang dulu nya hangat kini menjadi kegilaan golongan muda Malaysia dalam lingkungan 20-40an. Malah ada yang sudah berumur 50an pun turut menjadikan Tamiya Mini sebagai hobi mereka. Tamiya Mini 4WD menjadi fenomena yang hangat seperti pisang goring tapi masih ramai yang pisang lagi dalam pertandingan Tamiya mini 4wd. Bukan senang nak jadi juara tapi perlukan teknikal yang tinggi dalam penyediaan kereta masing-masing. Dari segi modal atau perbelanjaan amat lah tinggi sebab kebanyakkan barang memang harga yang mahal tapi bukan harga yang kami nak tapi kepuasan yang mereka cari.
Bagus lah main Tamiya dari main benda yang bukan seperti merempit,melepak, main game kat pusat hiburan, dan buang masa kat tempat yang tidak berfaedah. Setiap hujung minggu pasti akan ada pertandingan yang melibatkan ramai peserta yang menyertainya. Yuran yang perlu dibayar tidak terlalu mahal anggaran rm30 dan rm20 tapi hadiah yang ditawarkan menjangkau hadiah wang tunai rm1000 dan lebih. Hadiah dari tempat pertama hingga ke tempat kelima mengikut penganjur serta top 32 akan mendapat piala sebagai kenangan. Kalau yang kalah dapat lah tag pertandingan serta stiker sebagai kenangan juga yang penting aktiviti ini sihat dan memberi kesan yang positif.
Baru-baru ini berlangsungnya pertandingan Tamiya Mini 4WD semi-speed di dalam UiTM Shah Alam bertempat di Dataran Cendiakawan. Lingkungan peserta dalam 188 kereta Tamiya yang turut serta. Acara pendaftaran bermula jam 10 pagi dan bermulanya catatan masa pada jam 12.30 pagi. Di sebabkan cuaca yang sangat panas ramai juga la yang pisang termasuk la HH. Tapi kegigihan dan perlumbaan perlu diteruskan yang penting cuba dan lihat lepas track ke tak. Disebabkan masa mula dah lewat jadi maka makin lambat lah habis, tapi semua tidak putus asa. Cuma ada sedikit kekurangan dari segi pengurusan masa dan peraturan masa tapi kita dah bayar so kena lah tunggu sampai time card habis.
Cara Nak Setup Tamiya Mini 4WD
- Pastikan anda mempunyai kereta yang sesuai pilih samada chasis MS, Super II, Chasis MA, dan lain-lain
- Baca track banyak lompat ke tak, kalau banyak lompat pasang break depan dan belakang
- Beteri kena ringgan dan power
- Nak pakai damper pun boleh ‘just try and error je’
- Pemilihan roller depan belakang kena betul
- Kalau boleh pakai full bearing
mcm best jer…teringat masa zaman kecik2 dulu
Faizal Fredley recently posted…Tempat Makan Sedap Kuala Lumpur Tupai Tupai Restoran
best…tapi kalau dah giler gn Tamiya ni.. bini pun boleh lupe sekejap.. hihi..
Tamiya memang best. tapi peralatan dia terlalu mahal.
aRz MoHa recently posted…Akan Kembali | Berehat Seketika
Memang betul tu azril, saya main pun dah nak dekat rm1000 jugak habis dah.. tapi kepuasan itu penting hihi
gulp. dah macam main kereta kawalan jauh
yang kedua bro org pertama panggil saya azril hehehe
betul kalau ikut kepuasan 1000 itu terlalu rendah nilainya
aRz MoHa recently posted…CPUV Pertama Bulan Jun 2014 | Nuffnang
janji seronok apa salahnya..ia masih kategori hobi yang sihat!
Hero Borneo recently posted…Buku Mengubati Jiwa Yang Resah