Uncategorized

RUMAKOPI. Bakal Berniaga Di Kiosk KPKT Di kawasan KFC Merlimau

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga merlimau RUMAKOPI.serkam Bakal Berniaga Di Kiosk KPKT Di kawasan KFC Merlimau. Alhamdulilah dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kami untuk berniaga dimerlimau. Kami bercadang akan berniaga setiap hari di kiosk merlimau kawasan dataran orang kampung merlimau. Bagi memulakan market survey kami akan mulakan operasi berniaga pada minggu kedua bulan puasa iaitu 13 Mac 2025 dari jam 7.30 malam hingga 11.30 malam (masa akan berubah). Untuk memudahkan anda boleh save nombor whatsapp kami 011-28141037 bagi tujuan order awal atau tanya kedai open atau tidak. Bermula 4 April 2025 kami akan buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga jam 6 petang.

RUMAKOPI.serkam kini di Kiosk Merlmau
RUMAKOPI. – Kopi Dulu Baru Kamu

Saya sebagai wakil peniaga kiosk merlimau mengharapkan ada sambutan dari warga merlimau. Menu air kami tetap sama seperti diserkam akan tetapi untuk diserkam kami akan buka selepas raya sabtu dan ahad juga. InsyAllah jika perniagaan baik kami akan open kerja kosong bagi yang layak. Kami akan buat promosi beli 4 air free 1 air dan juga promosi RM1 dengan share posting blog ini. Sama sama kita jayakan ekonomi warga merlimau dan sekitar jasin. Mungkin ramai belum tahu yang kami bukan sekadar air berasaskan kopi “coffee”. Akan tetapi kami ada lebih 60 menu jenis air selain kopi seperti coklat, mocha, green tea matcha, cappucino, milkshake, dan strawberry.

Menu Paling Premium RM10, Menu baru frappe

Jika anda luar kawasan boleh beli air kami ditiktok kami 300ml satu pulse dan juga pati espresso rumakopi. Kopi Dulu Baru Kamu hanya dimelaka merlimau RUMAKOPI.serkam Bakal Berniaga Di Kiosk KPKT Di kawasan KFC Merlimau. Sabtu dan ahad kami masih open di serkam jika berkesempatan menjaga 2 cawangan. Kami berharap ada yang sudi singgah dan bantu share posting blog ini dengan sedara mara yang tinggal dimerlimau dan sekitarnya. Semoga keberadaan kami peminat kopi tahu dengan cepat.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial