Cafe Sedap Hospital Pantai Melaka Di Saras Delights & Bakery
Cafe Sedap Hospital Pantai Melaka Di Saras Delights & Bakery merupakan tempat makan yang sihat dan mewah. Bila kita dengar hospital je,kita fikir tempat orang sakit. Apa yang bagus dihospital pantai melaka ini adalah kemudahan yang telah dinaiktarafkan. Kalau kita lihat pihak pengurusan sangatlah bijak dan mesra pengguna. Pernah bawak isteri checkup kandungan anak kedua dihospital pantai melaka dengan Dr.idayu. Ada yang bagus tempat letak kereta yang mudah dan murah. Kalau dari pagi sampai petang lepak sini maksimum RM8 sahaja.
Lagi satu sesuai untuk agen-agen insuran bertapak disini untuk jumpa pelanggan. Ibarat sambil menyelam minum la kopi di Saras Delights and Bakery. Jom kita cerita sikit latar belakang cafe ini,mula dibuka pada julai 2022 oleh Puan Sara yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang penyediaan makanan. Dengan minat dan azam yang tinggi Puan Sara berbincang dengan suami yang merupa Doktor pakar bedah disitu. Untuk membuka sebuah Cafe Sedap Hospital Pantai Melaka Di Saras Delights & Bakery.
Terletak di level G, bangunan parkir bertingkat yang bersebelahan dengan Hospital Pantai Melaka. Kawasan ini dinamakan “Makan Makan”, yang sakit pun perlu sihat. Jadi kenalah makan yang sedap sedap tak gitu? Ruang makan yang bersih dan selesa dibuka setiap hari (kecuali Ahad kerana klinik tutup) . Waktu operasi dari jan 7.00pagi hingga 7.00 malam. Sabtu sahaja jam 7.00pagi hinggi 5.00petang.
Antara menu yang ada di Saras Delights & Bakery seperti pastry, cakes, pasta, mee, nasi, dan pizza. Semua makanan adalah tanpa MSG, tanpa pewarna tambahan dan dimasak segar setiap hari. Selamat mencuba.
Berminat jemput singgah ke Instagram: Sarasdelights_bakery FB: Sarasdelights jika ada sebarang pertanyaan. Sekian, terima kasih.