Cara Simpan BBS Artemia Hidup Lebih Lama
Saya ingin kongsikan Cara Simpan BBS Artemia Hidup Lebih Lama tanpa pump oksigen. Assalamualaikum topik kali ini adalah mengenai dunia betta ikan laga. Seperti yang kita tahu untuk menternak atau membiakkan ikan betta perlukan makanan hidup untuk fry (anak ikan).
Antara makan hidup fry betta adalah BBS (Baby Brine Shrimp) atau artemia hidup. Mungkin ramai otai otai yang ternak betta ini tahu Cara Simpan BBS Artemia Hidup Lebih Lama. Jadi saya telah membuat sedikit experiment dengan menyimpan BBS yang telah menetas didalam bekas tanpa tukar air masin.
Tempat simpanan tersebut ialah didalam peti sejuk dibahagian chiller. Tempoh masa yang diambil untuk hidup adalah 7 hari bersamaan seminggu. Tapi kalau air masin ditukar baru, BBS boleh hidup hingga 2 minggu.
Jom Tonton Video Cara Simpan BBS Artemia Ini:
Cara nak bagi makan ke fry, pertama kita perlu keluarkan bbs dari peti sejuk. Biarkan selama 20 minit. Sehingga anda boleh lihat BBS bergerak gerak berenang. Kemudian anda sedut guna dropper ke tapis BBS dan perlu bilas dengan air paip. Seterusnya anda boleh bagi makan ke fry dengan selamat.
Anda yang tanya boleh ke bekukan bbs ini? YA boleh, tapi bbs tidak dapat hidup dan bergerak. Ianya akan kurang tarikan kepada fry. Tetapi boleh diberi tidak masalah yang penting gerak gerakan air je.
Selamat mencuba ya bagi baru berjinak jinak dengan pembiakkan ikan betta ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan menonton video ini. Sila kongsi kan video ini. Sampai ilmu dan kebaikan agar dapat kongsikan bersama.