Who’s Tea Malaysia Cawangan Pertama Di Melaka
Viral dek kerana Bubble Tea dari pelbagai jenama Dan rasa. Kini Who’s Tea Malaysia Cawangan Pertama Di Melaka Bakal mengegaukan peminat ‘Brown Sugar Bubble Tea’ dengan kelainan rasa. Ramai yang akan pertikaikan kenapa perlu pilih who’s tea?
Ya memang kena Cuba Dan rasai pelbagai pilihan minuman Dan makanan Di Who’s Tea Malaysia. Pihak yang memperkenalkan produk minuman ini adalah Pro Specialist Advisory (Internatonal) Sdn. Bhd. membawa Who’s Tea masuk Malaysia Dari Taiwan.
Kita cerita sikit kenapa nama ‘Who’s Tea’? Ianya berasal dari sebutan Cina ‘Hu’ zi Cha’ (makna janggut). Apa bila kita minum who’s tea, buih khas yang ada akan meninggal kan kesan seperti janggut kecil dibibir anda. Maka terhasil nama tersebut Dan ianya berasal dari Taichung, Taiwan.
Who’s Tea Malaysia Cawangan Pertama Di Melaka Ditubuhkan Pada tahun 2011 oleh sekumpulan orang muda dengan 30 cawangan Di Taiwan. Diluar negara seperti China, Amerika Syarikat, kemboja, Malaysia, Korea Selatan, Jepun Dan Thailand.Halal ke Who’s Tea Malaysia Cawangan Pertama Di Melaka? dari segi Halal Jakim masih dalam process permohonan.
Tetapi bahan bahan diimport dari produk Halal Taiwan iaitu Black Tea, Oolong Tea, Green Tea, dan Tie Guan Yin. Keunikkan teh susu Who’s Tea disempurnakan dengan rasa dibakar. Tips buat peminat Who’s Tea boleh memesan setengah gula atau gula mikro,jika tidak suka rasa tea boleh memilih gula biasa.
Untuk aspek kesihatan yang ada di Who’s Tea dengan menggunakan sukrosa dari Taiwan (tebu yang tulen) mudah diekstrak oleh tubuh manusia berbanding menggunakan fruktosa. Tetapi diingatkan jangan terlalu suka dengan bubble tea tu ye kena kurangkan manis ye.
Antara minuman ada di Who’s Tea adalah:-
- Black Who’s Series (Chocolate Milk Foam)
- White Who’s Series (Rose Salt Foam)
- Cheese Who’s Series (Cheese Milk Foam)
- Fresh Fruit Series
- Tasty Tea Series
- Vinegar Series
- Bubble Tea Series
Antara Makanan Ringan yang ada:-
- Black Panini Series (Chicken Ham Panini, Thick Chicken Panini, Omega egg Cheese Panini)
- American Potato (fried snack)
- Sweet Potato (fried snack)
- Potato Chips (fried snack)
- Taiwanese Fried Chicken
Antara menu tarikan di Who’s Tea iaitu sandwich roti arang yang dinamakan black panini (masakan sandwich rasa dari itali),dibuat khusus dengan penapaian berulang,rasa yang unik,roti yang padat,kenyal dan sihat.
Dekat mana Lokasi Brown Sugar Bubble Tea yang paling sedap ialah who’s tea, no 8,Jalan KLJ 9,Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka. Waktu operasi setiap hari dari 11 pagi hingga 1 pagi. Jika ada pertanyaan boleh telefon Di 06-2884911.
Facebook: Who’s Tea Malaysia
Instagram: Who’s Tea Malaysia
Hashtag #: #whosteamalaysia #WhoeverComesStays
Teguk pertama ditelan perlahan,
Teguk ketiga selesai santapan.
Pelbagai minuman pelbagai pilihan,
Kesihatan bandan dilupa jangan.
Hehehe,pandai berpantun. Betul tu,kena lah pandai jaga kesihatan. Jangan sebab viral terus nak sebat telan.