FOOD REVIEWREVIEW PRODUKSANTAI

Keunikkan Menu Burger Di Hard Rock Cafe Melaka

Keunikkan Menu Burger Di Hard Rock Cafe Melaka memberi peluang kepada peminat burger Malaysia untuk rasainya. Hard Rock Cafe Melaka Malaysia pada 4 May 2019 telah mengumumkan masa terhad untuk Menu yang ditawarkan. Menjemput para peminat makanan seperti burger untuk merasai gabungan bahan bahan global.

hard rock café shop

Mungkin ramai yang tertanya kan,bukan ke HRC ni menjual minuman beralkohol halal ke burger dia ni? Sebelum cerita lebih lanjut pasal menu burger di Hard Rock Cafe,jom kita cerita sikit untuk tidak ada rasa was-was bila makan. Jadinya team blogger melaka telah membuat sedikit siasatan.

Antara Keunikkan Menu Burger Di Hard Rock Cafe Melaka:


1.Double-Decker Double Cheeseburger

1)Double-Decker Double Cheeseburger diinspirasikan dari London Heritage, the “Down Home Double Decker Burger” merupakan menu pertama sejak dari 1971. Daging burger yang disediakan dengan ramuan rempah asli,daging seberat 1lb. Ditambah dengan toping cheddar cheese,mayonis,tomato, salad,bawang merah,dan dihimpitkan dengan roti bun panggang. Sejujurnya rasa burger ini sedap. Harga Double-Decker Double Cheeseburger RM79.00 sesuai untuk 3 orang makan.


2.Buffalo-style sliders RM58.00

2) Buffalo-style sliders Gabungan classic Buffalo sos diantara salad,tomato,hirisan bawang besar. Rasa yang ranggup bersama Blue cheese (cheese masam). Harga Tex-Mex Cheeseburger RM58.00 sesuai untuk 3 orang makan.


3.Mango Fruit Sliders

3)Mango Fruit Sliders saiz bukan ukurkan walau kecil tapi ada 3 tanpa pengurangan rasa daging. Gabungan creamy jack cheese,chimichurri aioli, sweet & smoky Mango Fruit turkey bacon jam dan avocado didalam satu himpitan roti bun panggang. Mongo Fruit Sliders berharga RM58.00 sesuai untuk 2 orang.


4.ALL-American Sliders

4)ALL-American Sliders gabungan dengan cheddar cheese yang cair dan crispy onion ring,creamy coleslaw bersama roti bun panggang. Untuk harga All-American Sliders RM58.00 sesuai untuk 2 orang makan.


5.BBQ Bacon (Ayam Turkey Salai) RM66.00

5)BBQ Bacon (Ayam Turkey Salai) Cheese Burger bersama sos BBQ,cheddar cheese,crisp turkey bacon dan cruncy shoestring onion straws, salad segar,tomato bersama gabungan roti bun panggang. BBQ Bacon (Ayam Turkey Salai) Cheese Burger berharga RM66.00 sesuai untuk 2 orang. 100% sedap dan sangai berbaloi.


6.Tex-Mex Cheeseburger RM66.00

6)Tex-Mex Cheeseburger diilhamkan sebagai “Burger Rocker of the year” dari Chicago. Gabungan Jack Cheese mencair diantara dua
tortilla segar,salad,tomato,hirisan bawang besar. Rasa yang ranggup bersama jack cheese. Harga Tex-Mex Cheeseburger RM66.00 sesuai untuk 3 orang makan.

Hard Rock Cafe Ada Sijil Halal Jakim Ke:

Pertamanya kami bertanyakan mengenai penggunaan cawan. Cawan terdapat pembahagian cawan minuman beralkohol dan cawan minuman tidak beralkohol. Ciri ciri cawan boleh lihat sendiri di HRC melaka. Kedua mesti bertanyakan untuk simpanan di dapur macam mana? adakah Halal. Ya Setiap pembekal bahan daging,sayur dan sewaktu dengan nya ada mempunyai sijil Halal.

Ketiga mengenai cara basuhan cawan dan pinggan? segala yang halal akan dibasuh di bahagian dapur tidak dicampurkan. Untuk basuhan cawan beralkohol akan dibasuh dibahagian Bar. Untuk kepastian boleh buat kunjungan di Hard Rock Cafe Melaka. Tidak perlu tanya saya kenapa Hard Rock Cafe tiada sijil Halal ye. Sebabnya mereka ada menyediakan minuman beralkohol. Dari segi syarat lain untuk dapatkan sijil Halal seperti pembekal dan pekerja 80% bumiputera telah dipatuhi.

Selamat mencuba bersama keluarga anda. Sekian terima kasih. Jika suka sila tekan share facebook dan like jika cerita ini ikhlas.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial