Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan Seri Malaysia Melaka Hotel

Tidak asing lagi bila tibanya bulan ramadhan kita akan dapat lihat banyak pihak Hotel akan mengadakan aktiviti berbuka puasa. Kali ini berbeza dengan adanya Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan Seri Malaysia Melaka Hotel pada 21 Mei 2018 bertempat di ayer keroh melaka. Dirasmikan oleh Datuk Wira Roslan Bin Ibrahim, Setiausaha kerajaan Negeri Melaka dan YBHG Datuk Haji Murad Bin Haji Husin, Yang Dipertua MPHTJ. Berserta jemputan jemputan lain dijangka menyerikan lagi majlis pelancaran bazaar ramadhan dan berbuka puasa ini.

Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan Seri Malaysia Melaka Hotel
Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan Seri Malaysia Melaka Hotel

Bertemakan “Resepi Tradisi Sajian Ala Bandar”. Apa yang pihak Hotel Seri Malaysia tampilkan adalah konsep Bazar Ramadhan dan Gerai Makanan yang pelbagai pilihan. Tujuan Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan Seri Malaysia Melaka Hotel ini adalah untuk meraikan Anak-anak tahfiz dari Pusat Madrasah AS-SolihinMerlimau. Serta menjayakan aktiviti perniagaan di ruang pintu masuk utama Hotel.

 

Sedar tidak sedar kita sudah bersama kawan kawan,keluarga dalam menjalanakan ibadah Puasa. Mungkin ramai yang sedang mencari dimana tempat paling sesuai untuk berpuasa puasa bersama keluarga. Saya sebagai blog makanan dimelaka amat menggalakkan para pembaca membuat tempahan awal di Bazar Ramadhan Seri Malaysia Melaka Hotel. Boleh membuat tempahan awal dengan menelefon 06-2328460 atau kunjungi laman facebook Seri Malaysia Melaka.

 

Disini anda boleh membuat pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Antaranya;

1-Membeli barangan usahawan di ruangan niaga dengan harga yang murah.

2-Membuat pilihan berbuka puasa dengan 140 jenis juadah dan pencuci mulut abc


3-Gulai kawah dan kambing golek yang terkenal di Melaka


4-Char Kueh Teow Lambak


5- Gerai Apam Balik yang enak dan lembut.

6-Ada disediakan Kaunter Zakat
7-Dapat berbuka sambil dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan musik

Diharap semua dapat menjamu selera dan berbuka puasa Bazar ramadhan Hotel Seri Malaysia Melaka. Semoga dapat menikmati rasa masakan tradisional kampung. Pastikan anda datang bersama keluarga dan sahabat andai untuk memeriahkan lagi suasana berbuka. Sedikit sebanyak entry mengenai Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan Seri Malaysia Melaka Hotel dapat membantu anda dalam membuat pilihan.

Sekian dari saya,terima kasih. Jangan lupa share difacebook anda ya.

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge