Percutian Atas Cruise Royal Caribbean Bersama Team Buss
Percutian Atas Cruisen Bersama Team Buss (BANGUN-USAHA-SUKSES-SEJAHTERA) consulting Malaysia adalah yang terbaik pada tahun 2017. Walaupun aku baru sahaja join Buss Consulting sebagai agen biasa iaitu Business Executive. Kenapa Buss panggil kami agen ni sebagai Business Executive (BE) sebabnya di Buss Consulting kami diterapkan dengan cara seorang ahli bisnes untuk berjaya bersama Team. Kenapa saya pilih Buss Consulting sebagai kerjaya? antara sebab yang the best is Trip percuma dan memang terbaik dan sangat mudah untuk dicapai Fast Start Challenge Cruise 2017. Oklah itu sebahagian ringkas pasal Buss Consulting, kita fokus kepada Percutian Atas Cruise Royal Caribbean Bersama Team Buss ye.
Alhamdulilah diberi kesempatan untuk menulis sedikit pencapaian saya sebagai seorang agen insuran bukan fulltime tapi saya sebagai Overtime. Saya suka berniaga sesuatu yang boleh membantu orang lain macam Life Insurance Takaful IKHLAS dan ALLIANZ Life Insurance. Hari nie kita boleh bergembira pergi sana pergi sini tapi bila kita perlukan RM200,000 untuk rawat sakit kronik?bagaimana kita nak hadapi masalah tersebut dengan Kos Perubatan setiap tahun meningkat tapi Kos Bulanan Bayaran insuran tidak suka suka naik tanpa kebenaran kita. Kan? benda mudah kita kena ambil peluang ya. Jom sign Life Insuran Takaful IKHLAS & jadi agen dengan saya Hafizi Misai 013-6265107.
Kita sambung cerita Percutian Atas Cruise Royal Caribbean Bersama Team Buss, trip ini bermula pada 25 september 2017 hingga 29 september. Percutian atas kapal mewah selama 5 hari 4 malam. Kos semuanya menggunakan Mata Wang USD ye,aummm memang telan air liuh la tengok perbelanjaannya. Cruise Royal Carribbean ni ibarat Hotel bergerak atas laut yang luas membawa penumpang ke destinasi mereka. Trip 5 hari 4 malam ni bermula dari Singapore dan berhenti di Penang Malaysia dan seterusnya Phuket Thailand kembali semula ke Singapore.
Jom Baca dan Ambil Positif Energy dari Percutian Atas Cruise Royal Caribbean Bersama Team Buss:
1- Hari permulaan (25 september 2017), berangkat pada jam 6.30 pagi waktu Malaysia dari Buss Consulting Melaka bersama rakan yang lain. Bas meneruskan perjalanan dan sampai pada jam 10.30 pagi di pintu keluar/masuk imigresen malaysia untuk process check passport dan samada anda boleh keluar Negara atau tidak. Dan jika anda masih belum jelaskan hutang PTPTN anda yang tertunggak sila la selesaikan dipejabat PTPTN ye,kalau tidak sangkut wey kat imigresen tu kena bayar full yang tertunggak. Selesai urusan imigresen Malaysia, bas kami mulakan perjalanan ke Pintu Masuk Singapore. Urusan di singapore agak lama hampir 1 jam jugak la beratur menunggu sebab mereka ingin memastikan keselamatan negara mereka. Setelah selesai kami teruskan perjalanan ke pelabuhan cruise di Singapore Royal Caribbean International Port jam 2 petang. Beratur untuk urusan check in makan masa 30 minit, segala urusan jual beli atas kapal adalah dalam matawang USD ya so mereka akan bagi kita kad untuk masuk bilik dan untuk shopping. Kalau nak shopping anda tidak digalakkan bawa cash sebaliknya kad khas dari royal caribbean akan disambungkan ke kad kredit/kad debit anda.
[ Aktiviti Atas Cruise- DAY 1] – Selepas selesai check in bilik,memang terbaik Trip Bersama Geng Insuran dibawah jagaan Buss Consulting sebab saya dapat bilik menghadap laut berserta ruang rehat dibahagian luar. Lepas kemas barang terus pergi teroka sikit sikit kawasan cruise Mariner of the Seas Royal Caribbean dan terus pergi makan di tingkat 11 (deck 11). Lebih kurang jam 5 petang semua penumpang diarahkan melakukan aktiviti safety di kawasan assembly point di deck 4. Masa yang diambil lebih kurang 30 minit untuk berkumpul,latihan tersebut bagi tujuan memastikan penumpang tidak penik jika berlaku kemalangan. Cruise mula bergerak pada jam 6.30 petang menunjuk ke Penang, saya apa lagi kasi ronda-ronda tapi sebelum tu pergi mandi kolam dulu. lebih kurang jam 8.30 malam,makan malam dan mula start sehingga jam 10 malam. Cuma sedih sikit sebab area makanan halal adalah terhad jika dibahagian buffet tapi jika dibahagian order dan hidang di deck 3 ada pilihan makanan halal seperti makanan laut, ayam panggang, salad campuran dan buah buahan. Kalau atas cruise ni makan sampai muntah la jawapnya,tapi jangan risau jika anda orang yang berjaga malam,ada disediakan cafe dibahagian tengah kapal deck 5. Tapi selalu penuh cuma kena cepat dan pandai memberi isyarat kepada orang yang dah duduk lama. So masuk tidur jam 11 malam sebab dah mengantuk sangat. Menikmati pandangan laut disebelah malam memamg tenang.
[Aktiviti Atas Cruise- DAY 2] – (26 September 2017) Perjalanan masih diteruskan hari sudah siang tapi masih selamat dan masih berada dikawasan selat melaka. Setelah kapten claus memberi tahu bahawa Percutian Atas Cruise Royal Caribbean Bersama Team Buss akan sampai ke Penang pada jam 3 petang. Setelah sampai kami pun turun ke Penang Malaysia,pergh memang berebut orang nak pergi kepada kami sebab tahu kapal cruise besar datang singgah ke Penang. Tapi kami tak kaya sangat pun sebab kami orang Malaysia so amik peluang berjalan kaki menuju ke Nasi Beriani Kapitan Penang. Makan punya makan selesai 3 orang total rm49. Kami teruskan perjalanan ke Masjid Kapitan Keling untuk solat dan berehat. Selepas tu cari money changer untuk tukar duit USD and Batt thailand total tukar rm500. Jalan jalan makan malam kat padang kota hampir jam 7 malam kami mula bergerak ke pelabuhan untuk naik kapal mariner of the seas sebelum terlewat atau ditinggalkan.
Lepas dah naik ke kapal,naik bilik cabin kemas kemas barang tukar baju dalam jam 9 malam,masa nak mandi air panas kat deck 11. Lepas mandi terus jalan jalan tengok wayang, theater, minum kopi santai MDiT bersama team seluruh Malaysia yang sama sama berjaya dalam bisness Buss. Bagaimana nak bertahan dalam bidang insuran diera sekarang, hanya dengan System pengurusan di Buss Consulting sahaja yang boleh bantu kita kembangkan bisness kita. Walaupun komisen yang kita dapat adalah sedikit tapi jauh lebih kehadapan berbanding agency lain yang hanya mengejar komisen semata-mata. Saya yang ada kerja tetap pun boleh buat kenapa anda tidak?jom ubah cara hidup kita sebelum dunia menaikkan harga barang.
[Aktiviti Atas Cruise- DAY 3] – Pelayaran bersama Team Buss Consulting Agency Insuran Terhebat ke Phuket Thailand. Kami semua berehat sebelum sampai Phuket Thailand pada 27 September 2017. Kami dijangka sampai pada jam 10 pagi, tapi aku jam 6.30 pagi dah bangun sebab Thailand cepat sejam dari waktu Malaysia. Tapi sebelum sampai pagi tu lepas subuh terus naik deck 11 pergi gym dulu dan sarapan. Tapi sementara tunggu jam 10 pagi,kami disuruh ke deck 5 untuk mengambil number untuk naik feri bagi tujuan ke Jeti Phuket Thailand. Selepas tu,macam biasa ronda ronda sampai pergi belajar buat bunga ros menggunakan ribban. Mesra dan peramah jugaklah juruajar tu siap boleh berborak dengan peserta lain. Lepas kelas habis aku pulak buat kelas bungga ros tu dengan auntie ni.
[Aktiviti Atas Cruise- DAY 4 & 5] – Lepas 10 jam mendarat di Phuket Thailand, mulakan pelayaran pulang ke singapura selama dua hari perjalanan atas kapal dengan speed yang sesuai untuk rehat atas kapal 2 hari tu. Aktiviti untuk 2 hari ni memang padat tapi aku tetap ikut. Cuma banyak aktiviti yang berulang je, macam wayang show,persembahan, jualan memang macam macam ada tapi USD la bro. Aku sempat beli G-shock je satu harga lepas discount 87 USD duit kita dalam RM368 bagi murah sebab kalau ikutkan harga kat malaysia dalam RM500 lebih.
Trip dengan buss memang terbaik semua 5 star tau. Dipendakkan cerita pengalaman bercuti atas kapal memang terbaik. Next trip dari buss bangkok,korea dan London untuk 2017. Jom sama sama kita join Business Buss yang telah banyak membantu saya dalam mewarisi income. Berminat boleh hubungi saya 013-6265107 atau follow instagram saya Hafizi Hamsan.
Sekian Sahaja dari saya Buss Consulting Malaysia the best.
Berminat untuk dapat kan medical kad unlimited atau hibah. Boleh berurusan dengan saya. 013-6265107
wau bagusnya.boleh lah kalau nak travel atau bercuti nie.dah tempatnya cantik dan menarik.wahh..hebatnya.permandangan yang cantik dan menarik.
betul memang cantik, tapi kalau nak pergi dgn duit sendiri memang tak lah ira, saya pergi dengan Buss punya reward.
Tahun 2018, cabaran pergi bangkok dan osaka japan.