Cara Paling Mudah Nak Transfer Duit Tabung Haji

Cara Paling Mudah Nak Transfer Duit Tabung Haji dengan menggunakan CIMB Clicks yang memudahkan kita untuk belajar cara pengurusan kewangan. Mungkin ramai yang tidak berapa mahir dalam menggunakan servis CIMB Clicks sepenuhnya. Dalam Islam menggalakkan semua umat manusia supaya membuat simpanan yang menjamin masa depan untuk keluarga. Pengurusan kewangan sangat penting bagi memastikan kita tidak menjadi hamba duit dek kerana tidak mendapat kepuasan dalam menggunakan wang. Ok pertama kali dapat idea untuk buat entry ini adalah kerana terbaca post fb dari Nur Aliah Mohd Nor seorang usahawan wanita yang berjaya dari Zero to Superwomen yang berjaya. Saya suka dengan setiap kali post di fb beliau kerana penuh manfaat yang berguna. Jadi saya olahkan kepada bentuk penulisan bagi memudahkan dalam carian Google untuk 30 juta rakyat Malaysia untuk menggunakan ilmu ini.

Simpan Sebelum Terlewat

Siapa sini tidak pernah ada akaun untuk menyimpan duit? Mungkin ada simpan tapi terguna sikit sikit sampai habis kan? sendiri jawap la ye. So saya Hafizi Hamsan ingin berkongsi Cara Paling Mudah Nak Transfer Duit Tabung Haji dengan menggunakan CIMB Clicks step permulaan hingga selesai. Diharapkan anda baca dan share ilmu ini kepada rakan rakan anda. Saya amik contoh untuk simpan ke Tabung Haji tanpa perlu ambil cuti untuk simpan rm100 sahaja. So kita ubah dengan membuat potongan setiap bulan RM100 ke dalam akaun Tabung Haji anda. Jom like and share entry ini kepada rakan fb anda yang lain.

Cuba anda bayangkan setiap bulan anda boleh simpan RM100 dalam akaun Tabung Haji,dalam masa setahun anda sudah berjaya simpan RM1200. Kalau dalam masa 5 tahun dari sekarang dah jadi bergunung sebanyak RM6000. Wow! banyaknya ye betul tapi itu belum tambah dividen dan bonus dari Tabung Haji sudah tentu lagi banyak rezeki anda bakal tiba. Jangan takut untuk lock duit anda,tapi takutlah jika wang anda hilang dengan nafsu anda.

Antara Cara Paling Mudah Nak Transfer Duit Tabung Haji dengan CIMB Click Malaysia;

Step Pertama, anda mesti ada akuan Tabung Haji dan akaun CIMB click. Daftar masuk (Login) ke CIMB clicks, kita akan buat untuk “setting favourite transfer”.

  1. Pergi ke Pay Bills 
  2. Kita akan taip “Enter Biller Name” isikan Lembaga Tabung Haji dan Klik
  3. Masukkan Nombor akaun bank Tabung Haji anda 
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  5. Masukkan Jumlah simpanan anda untuk bulanan
  6. Klik “Add This Biller To My Favourities”.
  7. Klik butang “Proceed to Payment”.
  8. Minta & Tunggu nombor TAC dari handphone anda
  9. Tekan butang “Confirm” selepas masukkan nombor TAC.

 

 

Alhamdulilah,selesai set favourite akaun Tabung Haji di CIMB Clicks. Setiap perkhidmatan akan dikenakan caj tapi di CIMB Clicks sebanyak RM0.53. Kalau Maybank cajnya lain,iaitu RM1.06 saja. Jika anda pengguna bijak sila buat pilihan yang membantu.

 

Step kedua,kita sambung untuk setkan auto-transfer secara konsisten setiap bulan ikut tarikh yang kita suka. Terpulang nak set tarikh gaji atau tarikh income lain.

  1. Pergi ke settings
  2. Klik “Scheduled Transactions
  3. Tekan “Select a service”
  4. Tekan “Pay Bills”
  5. Pilih “Savings Account” anda
  6. Pilih “Lembaga Tabung Haji’ yang anda telah set sebagai favourite
  7. Selepas itu boleh klik “Submit” dengan IKHLAS
  8. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda
  9. Masukkan nombor IC anda
  10. Masukkan nombor telefon anda
  11. Masukkan jumlah simpanan anda
  12. Pilih tarikh mula untuk transfer kemudian anda pilih “recur every month”,dan pilih berapa bualan nak tolak secara automatik.
  13. Tamat dah,selesai pastikan internet kuat takut terputus je. Klik je update

Sekian sahaja dari saya Hafizi Hamsan. Dan terima kasih juga kepada lia memberi idea nak update perkongsian untuk semua. Semoga maju dan jaya kepada semua.

 

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge