Tempat Makan Sedap Di Leque Taman Lagenda Melaka

Tempat Makan Sedap Di Leque Taman Lagenda Melaka kini berwajah baru dahulunya Restoren Leque ni terkenal di Jonker Walk Melaka. Tapi setelah berlaku beberapa perubahan mereka berani untuk mengubah lokasi Leque ke Taman 1 Lagenda AEON Bandaraya Melaka yang kini pesat membangun restoren berkonsepkan hipster area tersebut. Baru-baru ini saya telah mencuba makan dan minuman yang sedap dan enak di Leque Melaka.

Wow!! memang super best la menu Leque Melaka yang menampilkan makanan yang berkonsepkan itali &  fusion yang special di Melaka. Jika anda mencari Tempat Makan Sedap Di Leque Taman Lagenda Melaka boleh lah cepat cepat plan ke restoren Leque Melaka.

Ada juga rakan rakan tanya kenapa Leque? yup nama yang diinspirasikan daripada salah seorang pahlawan lagenda melaka iaitu Hang Lekiu dan telah dikomersilkan sebagai LeQUE. Dipendekkan cerita pemilik juga orang Melaka. Kenapa saya memilih LeQUE untuk direviewkan dalam blog Hafizi Hamsan? kerana ruang restoren yang santai dan kemas,tidak terlalu sarat dan ruang meja makan dan susun atur yang sangat selesa. Jika kena dengan waktu angin bertiup memang selesa dan santai.

Apa yang unik Menu Di LeQUE?

Kebanyakkan ramuan dan bahan asas pada masakan di LeQUE Melaka seperti bebola daging, roti burger, salad dressing, patty daging burger, sos dan waffle semuanya idea chef Restoren LeQUE. Antara makanan yang sempat saya rasa seperti berikut:

1- Air Soda Herb

2- Masak Asam Daging bersama set Nasi

3- Teriyaki Chicken with Pasta

4- Chicken Grill Teriyaki

5- Lamb Chop

Kesemua menu yang saya rasa dan nikmati memang sedap dan terbaik. Hanya boleh rasai di LeQUE melaka sahaja.

Pergh patutlah sedap je semua masakan di LeQUE ni,rupanya chef di Macho tu. Memang terbaiklarh manis je senyum chef ye,semoga terus maju dan jaya ye Chef.

Alamat Restoren LeQUE : No 14, Jalan Lagenda 3 Taman 1 Lagenda 75400 Melaka.

Waktu Operasi : Ahad, Isnin, Rabu & Khamis – 5pm hingga 11pm

Jumaat & Sabtu : 5pm hingga 12am

Selasa : Cuti

Media Sosial

Facebook & Instagram

Segala pertanyaan mengenai harga boleh direct berhubung dengan Restoren LeQUE,usaha kerja ini terjalin dengan kerjasama dari pihak LeQUE Melaka.

Terima Kasih.

 

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

3 thoughts on “Tempat Makan Sedap Di Leque Taman Lagenda Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge