Pengalaman Ke Wuxi China 2016
Pengalaman Ke Wuxi China 2016 memang tak akan dilupakan. Wuxi merupakan penempatan yang sangat terancang dan banyak syarikat-syarikat besar seperti Panasonic,Sony,Konica Minolta, dan banyak lagi menjadikan Wuxi China sebagai pusat perindustrian yang terbaik bagi mereka. Wuxi juga terkenal dengan keunikkan bangunan serta banyak barangan antik hasil karya mereka. Tidak terkecuali juga golongan muslim di wuxi china sangat mudah untuk ketemu dan mereka sangat berbangga bila orang islam dari negara lain berkunjung ke kawasan mereka.
Jika hendak dibandingkan dengan beijing China sangatlah berbeza ini kerana faktor pengislaman mereka, wuxi terkenal dengan kawasan orang kaya kerana banyak peluang pekerjaan disana serta sektor pelancongan yang agak terkenal. Pada mulanya rasa kurang yakin untuk ke Wuxi kerana tidak pernah tahu pasal wuxi china ini. Tetapi disebabkan peluang diberi untuk ke sana kenala ambil bukan senang nak pergi ke Negara China secara tanggungan ni.
Pengalaman Ke Wuxi China 2016 selama 2 minggu memberi banyak pengalaman mengenai keunikkan hidup mereka ada yang senang dan ada yang susah. Di pendekkan cerita Pengalaman Ke Wuxi China 2016 kebanyakkan penduduknya dari golongan orang luar seperti german, jepun, malaysia, korea, dan india.
Antara 6 Pengalaman Ke Wuxi China 2016 boleh dikongsi:
1- Makanan Halal mereka yang sangatlah sedap dan murah serta tahap kebersihan yang memuaskan
2- Batu Jade serta barangan yang unik boleh dijadikan koleksi
3- Bandar yang kurang sesak tetapi budaya tidak mengutamakan keselamatan
4- Tahap kebersihan kawasan makanan mereka bebas haiwan peliharaan
5- Mudah untuk mendapat kemudahan awan seperti teksi dan jangan sesekali menaiki teksi sapu atau teksi yang tidak berdaftar.
6- Mereka tidak pandai untuk bercakap dalam bahasa lain tetapi anda boleh buat perkataan dalam bentuk kad supaya mereka faham.
6 Contoh ayat pertanyaan untuk ke China:
1- Di manakah makanan halal?
2- Berapakah harga barang ini?
3- Jika saya beli banyak boleh bagi murah?
4- Di manakah tandas?
5- Di manakah rumah ibadah bagi orang islam?
6- Di manakah kawasan untuk membeli belah?
Jika anda tidak sempat buat perkataan dalam bentuk kad anda juga boleh menggunakan google translate. Bagi saya Pengalaman Ke Wuxi China 2016 banyak memberi saya pengajaran serta bersyukurlah kerana saya dilahirkan Di Malaysia!!! Malaysia negara yang penuh kedamaian serta berbilang bangsa membuatkan ku lebih bangga akan negara sendiri walaupun china ada kelebihannya. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan 2016.
Sekian terima kasih.
Pergh bestnye travel
haha…bos pun dah p china kan?free juga tu
seronok jugak dapat p china nih
Best kalau pergi 100% sponser ni..