Cara Packing Beg Untuk Ke China

Cara Packing Beg Untuk Ke China dengan membuat perancangan berapa hari anda ke China. Baru-baru ini dapat peluang merantau ke negara China, ermm bukan senang nak buat persiapan lengkap untuk tinggal di negara orang. Permulaan untuk memikirkan saiz beg, makanan apa yang nak bawa, baju dan seluar berapa helai, semua itu jadi tanda tanya. Mudah jika Cara Packing Beg Untuk Ke China anda mengikut berapa hari anda disana.

sambal goreng
Cara nak bungkus sambal goreng

 

ubat yang perlu dibawa ke china
Ubat yang sesuai dibawa ke china

Dapat merantau ke Wuxi,China selama 2 minggu amat bermakna dan memberi cabaran apabila berada di bulan Ramadhan. Benda paling risau adalah makanan HALAL bila di China. Betul ke Tak? Pada mulanya memang nak menolak peluang tersebut tetapi demi sebuah harapan untuk merasai kehidupan di negara orang.

Yang paling penting anda kena memastikan apa yang anda nak makan bila di China. Ini kerana, persiapan makanan segera amatlah penting tetapi tidak memerlukan terlalu banyak. Ini mungkin menyebabkan beg anda jadi berat dan mungkin boleh membuat makanan segera itu membazir.

Antara gambar makanan Halal Di China:

  1. Mee Ramen Goreng berserta Hirisan Daging. Harga dalam RM8 dapat air Teh Cina free.

 

Ramen Goreng

 

Nasi bersama daging masak kicap

kebab daging
Rasa kebab daging di China memang terbaik. Harga pun murah. Bahkan sering dapat free je. Sebab bersedekah sesama muslim

 

Makanan Halal Di Wuxi China
Tips- Pastikan anda pandai berbahasa Cina Atau Dah ada gambar menu.

Cara Packing Beg Untuk Ke China perlulah dilakukan seawal mungkin bagi memastikan segalanya sudah siap dikemas. Antara makanan segera yang penting adalah maggi (cup/pack), minuman 3 in 1 (milo/nescafe), oat, dan makanan ringgan seperti kacang dan sewaktu dengannya. Setelah anda sampai di China apa yang perlu dilakukan? pertama kenalpasti kawasan anda ada makanan halal ke tak. Boleh bertanya kepada kaunter pertanyaan hotel atau anda ringgankan mulut untuk bertanya. Tetapi ingat orang China tak pandai cakap English ye, jadi buatlah perkataan dalam tulisan cina dalam bentuk kad.

 

makanan yang boleh bawa pergi china

Amaran!!! Jika anda sudah keluar dari Hotel pastikan anda telah meninggalkan passport dalam peti berkunci dan bawalah sebotol air untuk dibuat mencuci sewaktu ke tandas. Sebab tandas mereka tidak menggunakan air hanya berbekalkan tisu semata-mata.

Sekian Terima Kasih

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

7 thoughts on “Cara Packing Beg Untuk Ke China

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge