REVIEW PRODUKSANTAI

Tony Romas Melaka Menampilkan Kelainan

Tony Romas Melaka Menampilkan Kelainan kepada orang melakau yang giler akan makanan. Menu apa yang Tony Roma’s sediakan? resipi berlandaskan tekak orang Malaysia dengan menggunakan rempah ratus dan mengikut status halal malaysia. Ramai yang cakap Tony Roma’s ni tak ada sijil halal dari Jakim? Ya, betul memang tiada sijil halal disebabkan Tony Roma’s luar dari Malaysia menggunakan air anggur yang mengandungi Arak. Dek kerana isu makanan luar negara kita bawak ke Malaysia dan mengandungi bahan tidak halal maka pihak jakim tidak mengeluarkan Sijil Halal kepada Tony Roma’s.

Tony Romas Melaka
TR Mahkota Parade Melaka
Tony Roma's Mahkota Parade Melaka
Tony Roma’s Mahkota Parade Melaka

Setelah penghijrahan Muhammad Adam yang berbangsa cina ke agama Islam, beliau telah membuat pembaharuan keatas resipi dan cara penyediaan makanan halal kepada muslim. Yang paling penting beliau anak kelahiran melaka tau, dan beliau telah mengislamkan 3 orang rakannya. Jadi dalam isu halal keatas makanan yang disediakan jangan ragu ragu dan was was terhadapa hidangan tony romas melaka. Datang dan rasailah kelazatan dan resipi asli dari chef yang handal dalam memasak ribs,seafood, dan steak.

Menu yang paling lazat antaranya:

1- World Famous Onion Loaf (Senang citer kek bawang la)

Onion Loaf

 

Onion Loaf TR

 

2- Lamb Ribs (Memang terbaik 10 bintang!!!)

Kambing panggang

 

3-Bountiful Beef Ribs (Ada 3 je tapi rasa 100% sedap,serius tak tipu)

4-Chicken Smoked

IMG_20160524_125247-2

5-Dessert Kek coklat bersama aiskrim

Kek Coklat

 

Macam mana nak cari tony romas melaka?mudah je cuma masuk kedalam Mahkota Parade dan cari guardian yang dekat pintu masuk parkson tingkat bawah G04, mereka bukak setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga ke 10.00 malam. Jika berminat untuk membuat tempahan boleh lah call number ini ye (06-2810962). Anda juga boleh singgah ke laman sesawang www.tonyromas.com.my, boleh ikuti mereka di facebook: Tony Roma’s Malaysia, boleh follow twitter:TRMalaysia1 dan instagram: TRMalaysia.

Tony Romas Melaka

Sidang Media

Tawaran sempena bulan Ramadhan (Bulan Puasa) Tony Romas Melaka Menampilkan Kelainan dengan memberi tawaran dengan membeli 2  rib perfuma 1 bermula dari 19 May 2016 sampai 30 June 2016.

Sekian Terima Kasih, selamat mencuba ye warga melaka.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

4 thoughts on “Tony Romas Melaka Menampilkan Kelainan

    • hafizi hamsan

      heheh sekali sekala boleh.. hehehe amik yang murah murah je..

      Reply
  • Betul ke halal. Dah xde sijil halal tu maknanya x halal la wei.. nak sijil kena apply.. kalo layak br dpt.. jgn sbb Post kamu ni buat ramai org mkn.. nanti kamu yg kena tanggung di akhirat kelak..

    Reply
    • hafizi hamsan

      Bro boleh pergi ke tony romas melaka utk penjelasan dari apa owner jelaskn sy yakin halal dari segi bahan bahan dan sijil halal pembekal daging dan bahan mentah mereka, sama juga seperti Hard rock cafe pun tak ada sijil halal sebb ada jual arak. So ramai je org yg minum situ. Tpi mereka ikut procdure halal tapi tidak dapat sijil halal kerana ada minum berakohol.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge