Bajet Untuk Ke Tasik Kenyir Terengganu

Bajet Untuk Ke Tasik Kenyir Terengganu yang terbaik pernah kami rancang. Percaya atau tidak dengan berbekalkan hasil kutipan sebanyak rm300 seorang untuk percutian paling bajet seramai 20 orang selama 3 hari 2 malam. Bajet Untuk Ke Tasik Kenyir Terengganu ini telah dipersetujui ramai oleh rakan-rakan legend Kaki Pancing. Aku ni bukan kaki pancing ikan tapi kaki pancing untuk bantu orang tambahkan tabungan kewangan dihari tua. Klik Sini.

 

 

Tasik Kenyir (3)

 

 

 

Ketua Bajet Untuk Ke Tasik Kenyir Terengganu telah membahagikan tugas kepada semua kaki-kaki pancing. Dari tukang beli barang sampailah ke tukang memasak. Bertolak dari melaka pada 31/12/2015 jam 12.30malam, acah-acah sambut tahun baru dulu.

Tasik Kenyir (1)

 

Tasik Kenyir (2)

Melalui jalan segamat muadzam kami menuruskan misi tasik kenyir dengan 5 buah biji kereta. Mengikut kiraan sebanyak 4 kali berhenti rehat dan tuang minyak. Dipendekkan cerita, jam 11 pagi kami sampai dijeti tasik kenyir terengganu. Fuhhhhh, kagum melihat ciptaan Allah S.W.T. yang menjadikan tasik kenyir kekal hingga ke hari ini.

Tasik Kenyir (6)

Diam tak diam perjalanan dari jeti ke lubuk untuk meneruskan misi kaki pancing hampir 6 jam perjalanan cuba bayangkan? tapi disebabkan teruja dengan kecantikkan alam semula jadi perjalanan yang jauh hanya sekejap. Sambil di atas rumah bot kami semua sudah buat persiapan makan malam. Dalam jam 8 malam kami pun sampai di tempat lubuk pertama tapi disebabkan musim hujan misi kaki pancing tetap diteruskan.

Tasik Kenyir (7)

 

Tasik Kenyir (4)

Inilah hasil tangkapan dari kaki pancing tasik kenyir. Adalah ikan yang naik seperti lampan, toman, baung, jelawat, dan lain-lain.

Tasik Kenyir (5)

hafizi hamsan

Dikenali dengan Hafizi, seorang yang simple dan cool. Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dalam Bidang Sains Matematik. Dan sekarang seorang Professional Financial , Cimb Wealth Advisor. Call me 0136265107 for set appointment and get more investment for future.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge