ILMIAHREVIEW PRODUKSANTAI

Perbandingan Unit Amanah Saham ASB Dan CWA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, perkongsian kali ini mengenai Perbandingan Unit Amanah Saham ASB Dan CWA Cimb Wealth Advisors. Pertama sekali kita kena tahu kedudukan orang islam yang telah membuat pelaburan ASB, sekiranya mereka telah diberitahu bahawa pelaburan ASB tersebut adalah haram, maka mereka hendaklah meninggalkan ASB dan menyertai dana-dana amanah yang lain seperti CWA Cimb Wealth Advisors merupakan produk CIMB PRINCIPAL MANAGEMENT ASSET. Hal ini kerana, jika umat islam tahu tetapi tidak meninggalkan ASB ianya telah melibatkan diri mereka dengan riba.

ASB vs CWA

Perbandingan Unit Amanah Saham ASB Dan CWA adalah perkongsian yang sihat kerana setiap perkongsian adalah memberi kebaikan. Bagi saya tidak terlambat untuk kita berubah kearah kebaikan demi kesejahteraan kita dan keluarga. Hasil yang halal akan membina jati diri anak-anak yang baik dan terpuji. Persoalan seterusnya, perlukah mengeluarkan semua duit yang ada dalam akaun ASB? Jawapan nya Ya, perlu mengeluarkan kesemua duit yang ada dalam ASB tersebut meliputi wang pokok,dividen, pelarasan dan bonus tahunan, Menurut Syeikh Dr.Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya Fatawa Mu’asirah, beliau telah memutuskan bahawa wang-wang faedah yang diperolehi secara haram adalah haram secara yakin untuk ditinggalkan begitu sahaja di dalam akaun-akaun konvensional.

Sekiranya tidak dikeluarkan, ia seolah-olah seperti menolong bank-bank atau institusi kewangan konvensional tersebut menggunakan wang-wang faedah yang ditinggalkan itu untuk tujuan yang bertentangan dengan hukum syarak. Apakah pekerjaan perbankan akan terus menawarkan pakej ASB ini sebagai produk di bank mereka? Ya, dan kemungkinan masih ada oleh sebab fatwa di peringkat kebangsaan mengharuskannya. Pada masa yang sama pekerja perbankan tersebut tidak diperjelaskan secara lengkap berkenaan kedudukan ASB dan seumpamanya tersebut di negeri Selangor. Oleh yang demikian, mudah-mudahan penerangan ini mampu memperjelaskan anda dan sampaikan kepada mana-mana umat islam.

Bagaimana dengan kedudukan Wang-Wang ASB tersebut?
Kedudukan wang-wang tersebut adalah seperti berikut;

1- Wang pokok yang disimpan adalah tidak haram dan boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dan keluarga serta boleh dipusakai.

2- Wang faedah,pelarasan,bonus atau apa-apa sahaja tambahan yang terhasil melalui penyimpanan tersebut adalah haram dan dianggap sebagai riba, tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi, keluarga dan kepentingan sendiri serta tidak boleh dipusakai. Wang tersebut hendaklah disalurkan kepada Baitumal bagi tujuan mastahah umum.

Simpanan pelaburan CWA – 0136265107

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

2 thoughts on “Perbandingan Unit Amanah Saham ASB Dan CWA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial