The Captain Steamboat and Grill Klang yang bertempat di Meru Klang kira-kira 30 minit dari Shah Alam. Nak dipendekkan cerita The Captain Steamboat ini dimiliki oleh seorang Captain Kapal Terbang Air Asia X, pemilik ‘The Captain Steamboat’ memang sempoi dan memang senang nak ajak berborak walaupun kedai dia memang penuh.

Jadi kalau nak datang The Captain Steamboat and Grill Klang kena lah buat tempahan awal-awal kalau tak jadilah macam kami pergi main serbu je nasib baik captain air asia x tu bagi kami dan sediakan tempat untuk menikmati segala makanan yang ada. Walaupun hanya dapat beraksi dari jam 6.00 petang hingga 9 malam itu dah bermakna bagi kami kerana dapat juga makan The Captain Steamboat and Grill Klang.
Harga The Captain Steamboat and Grill Klang memang terbaik siap ada separuh harga untuk orang tua dan percuma untuk kanak-kanak bawah 7 tahun.
Harga Dewasa : RM21.90
Kanak-Kanak (7 hingga 12 tahun) : RM9.90
Jika ingin buat tempahan The Captain Steamboat and Grill Klang boleh call number ni ye : 019-2354796
Selamat mencuba sekian terima kasih.