SANTAI

Chocolate Chip Cookies

Chocolate Chip Cookies boleh dibuat sendiri je dengan bajet yang murah dan dapat makan dengan puas. Assalamualaikum bersempena Hari Raya Aidilfitri di sini ingin kongsi kan resipi Chocolate Chip Cookies kepada yang ingin mencuba. Semudah ABC sahaja dan angaran beli bahan-bahan dalam RM30 sahaja murah kan.

Bahan-Bahan untuk Buat Chocolate Chip Cookies:

bahan buat cookies

2 cawan tepung gandum tidak kira jenis apa (saya guna cap sauh)
2 cawan gulang perang ( saya guna produk satu Malaysia)
250g butter ( 1 buku, saya guna Buttercup)
1 cawan serbuk koko atau setengah cawan serbuk koko bagi yang suka warna yang tidak terlampau gelap ( nak letak boleh tak letak pun tak mengapa, ikut citarasa masing-masing, saya guan Van Houten)
1 biji telur
1 sudu the esen vanilla (5ml)
1 sudu the baking powder
1 sudu the soda bikarbonat
2 cawan coklat chips atau coklat bar tapi kena potong-potong jadi macam coklat chips ( saya guna coklat Hershey)

Cara-Cara Buat Chocolate Chip Cookies:

adunan siap

Bekas A

-Ayak tepung gandum bersama serbuk koko yang anda pilih. Campur dalam satu bekas dan gaul rata. Kemudian, masukkan baking powder dengan soda bikarbonat dan letak tepi kita sambung ke bekas B.

Bekas B

-Pukul butter dengan gula perang sampai jadi creamy atau larut. Kemudian baru masukkan telur dengan esen vanilla. Pukul sampai puas hati, anggaran dalam 3 ke 5 minit.
-Kemudian campur dengan adunan tepung (Bekas A) tadi. Masukkan tepung sikit-sikit dalam bekas B.
-Masukkan chocolate chips pula. Adun ikut pusingan jam sehingga sebati. ( Adunan memang akan lembik sedikit, itu tandanya jadi)
-Sediakan oven dalam 10 minit dengan suhu 170 darjah celcius. Sementara itu, letak sekejap adunan tadi ke dalam peti sejuk.
-Bentuk kan cookies berbentuk bulat-bulat sebesar duit 20 sen dan susun ata tray comel-comel.
-Bakar (150-170 darjah celcius, selama 15-20 minit)

masa untuk masak

 

Nota Penting:

Suhu masa bakar itu kena perhatikan takut hangit nanti. Sebarang pertanyaan boleh tanya. Tapi belum boleh buat tempahan sebab buat untuk makan.

hafizi hamsan

Pada tahun 2014 sudah bermula sebagai blogger. Berasal dari Melaka dan berpendidikan Ijazah Sarjana muda (kepujian) Sains Matematik UiTM. Menerima jemputan Rasmi, Food review, Travel review,dan Business review. Setiap Entry yang ditulis mengikut Bayaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya diemail: hafizihamsan@gmail.com

4 thoughts on “Chocolate Chip Cookies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial