Panduan Jadi Blogger Terkenal
Blogger? Apakah yang anda tahu pasal blogger? Blogger merupakan sebuah laman sesawang milik Google yang telah menyediakan kemudahan Blog secara percuma tak perlu bayar pun. Dengan hanya mendaftar di laman Blogger, anda boleh membuat Blog dengan semudah ABC dan sepantas kilat. Tapi nak kekal menjadi blogger yang sempoi dan terkenal perlu tahu panduan jadi blogger terkenal. Kena rajin blogwalking bukan sleepwalking, lepas tu rajin-rajin dan ringan kan jari untuk membuat Backlink.
Blog juga boleh digunakan untuk catatan peribadi, misalnya untuk membuat diari, catatan pengembaraan serta peluang menambahkan pendapatan. Sebenarnya banyak laman-laman sesawang penyedia blog secara percuma. Antaranya ialah wordpress.com, blog.com , blogdrive.com dan pelbagai lagi. Tetapi, mengapa kita harus memilih dan menggunakan Blogger? Berikut ialah panduan dan sebabnya.
Panduan menjadi blogger terkenal adalah dengan mengenali apa itu blog:
1)User friendly betul tak
Blogger memiliki banyak fitur atau (aplikasi) yang mudah digunakan, terutama bagi mereka yang baru hendak memulakannya career sebagai blogger.
2)SEO friendly semestinya
Walaupun hamper semua orang mengatakan wordpress lebih seo friendly, tetapi Blogger juga telah seo friendly tanpa perlu membuat sebarang perubahan. Saya dulu jugak mula dengan blogger pastu baru guna platform wordpress. Jadi, blogger sangat sesuai bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan blogger.
3)Selamat dan sukar untuk berlaku sebarang masalah
BlogSpot memiliki fasiliti unlimited bandwidth yang bermaksud berapa pun jumlah pengunjung yang mengunjungi blog kita, ia tetap akan selamat dan tidak akan digangu dengan sebarang muat turun yang dilakukan. Oleh yang demikian, kerana blogspot dimiliki oleh google. Sebagai portal terbesar dunia yang memegang dunia, google akan sentiasa ingin menjadi yang terbaik dan kualiti terbaik kepada pengguna nya, jadi anda tidak perlu bimbang.
4)Kemudahan untuk posting artikel
Blogger menyediakan fasiliti posting yang mudah sama ada secara langsung, melalui e-mei atau melalui sms. Kita juga boleh memasukkan gambar dan video daripada computer atau YouTube ke dalam artikel kita dengan mudah dan senang.
5)Boleh menggunakan javascript
JavaScript sangat penting untuk menjadi panduan blogger terkenal. Hal ini kerana, dengan javascript kita boleh memasukkan iklan-iklan, jam, calendar dan sebagainya ke dalam blog kita.
6)Kod HTML/ search code blog yang tersedia
Maksudnya, kita boleh memodifikasi paparan blog sesuai dengan keinginan kita dan jiwa kita.
7)Pilihan template yang pelbagai dan sesuai
Template adalah background atau latar belakang blog kita. Koleksi template terdapat dalam pelbagai pilihan di mana kita boleh memggunakannya terus atau boleh juga memodifikasikannya sendiri tanpa harus mempelajari HTML. Blogger/blogspot juga membolehkan pengeditan kod HTML blog pada bila-bila masa dan ketika.
8)Warna dan font custom yang pelbagai
Kita bebas mengubah template yang telah diambil secara percuma daripada koleksi Blogger. Panduan ini boleh diguna terus menerus atau boleh juga menggantikan warna dan huruf judul yang lain sesuai dengan keinginan masing-masing.
9)Mudah dialihkan mengikut citarasa blogger
Dengan sistem yang serdahana ini, mempermudahkan pengguna dalam meletakkan komponen halaman seperti posting, profil, archive dan bahagian lain sesuai dengan keinginan dan keperluan anda.
Sekian, terima kasih.
Selamat mencuba dari Hafizi Hamsan Anak Jati Melaka + Johor = Shah Alam.
satu panduan yang menarik…wordpress lagi hebat berbanding blogger.com dari segi kelajuan loading!
Hero Borneo recently posted…Panduan Penting Hadapi Cuaca Panas
betul tu.. dulu saya guna Blogspot sekarang dah tukar kedai wordpress…
apa-apapun ikut keperluan..jika belum ada income yang mantap setia dengan blogger.com ok gak!
Hero Borneo recently posted…Seminar Penyedia Latihan ezSkill Bertauliah
hehe betul tu,banyak kena cari dan cari untuk menguasai ilmu seorang blogger.
Akak dulu pun bermula dengan blogspot.. Kini dah pakai wp.,,banyak lagi perlu belajar.
ema recently posted…Majlis Perpisahan dan Pencen Awal
Betul tu.. fizi pun dulu guna blogspot.. sekrg wp.. sama sama kita berkongsi ilmu baru demi kebaikan bersama
puteri bermula pun dari blogspot..walaupun sekarang dah guna wp tapi blog puteri yang lain masih guna blogspot 🙂
puteri kasih recently posted…Resipi Cupcake
hehehe…puteri mestilah kena ada banyak blog.. hehe.. wp and blogspot due due guna demi memang tahta puteri
setiap blogger bercita-cita untuk menjadi blogger terkenal,tentu dengan cara-cara yang baik,hehhe salam
Zulham Efendi recently posted…Kuliner Khas Bulan Ramadhan
Assalam perkenalan, betul tu.. tapi lebih baik jadi blogger yang sentiasa membantu orang lain..dan menyebarkan dakwah..
Buat contest bagi hadiah kereta sebijik, saya rasa terus jadi blogger famous haha
Siti travelog recently posted…Itinerary 6D5N Trip ke Batam RM 982.04
Hehehe.. kelakar la siti ni.. hehe saya nak buat lah contest bg hadiah kereta mainan hihihi
hoho..
bukan senang tu. Banyak benda kena buat.
titan recently posted…JDT menang. Bini gua pun menang.
Hehe betul tu, setiap kejayaan perlukan pengorbanan
blog aku x terkenal tapi aku puas hati dgn apa yg aku capai dlm dunia blogging nih…hehehe
Faizal Fredley recently posted…5 Keghairahan Seorang Lelaki
hehe…betul kepuasan lahir dari karya kita sendiri..
Salam kenal…informasi yang terbaik saya sendiri bermula dengan blogspot, awal memang carca marba..hasil banyak membaca, mencari dan belajar banyak membantu saya. Say tebiat buruk saya ni, saya tiap hari BW blog orang tetapi saya jarang komen kecuali jika perlu dan berminat dengan artikel yang ditulis..hah pjgnya komen saya ni haha
AkmaOmar recently posted…Panduan Untuk Peserta Contest Duit Raya Casa Ombak
Hehehe… sama sama akma atas komen yg membuatkan sy terharu.. hehe.. nanti selalu lah komen boleh dpt commentator terbaik..
saya terus guna WP, so x tau apa kelebihan blogspot, tp dari pengalaman SEO, nampak blogspot langsung xda masalah dengan SEO sebab ramai ja yang mudah ranking di Google tanpa PLUGIN PUN, betul x
myrujukan recently posted…Rujukan vs Myrujukan – Pilih Domain Dengan Betul
Memang betul, dulu pun dan sekarang sy masih gune Blogspot , sekarang je dah senang dan mesra alam dengan WP..
Banyak lagi yang perlu saya belajar ni.
Nor Ariffin Hamzah recently posted…Khasiat Tembikai
Heheh.. sama sama kita usaha dan tingkatkan kemahiran dalam menjadi blogger terkenal.. pergi je ke blog blog yg otai pastu tgk ape rahsia mereka…