Tip Meningkatkan Alexa Rank
Tip Meningkatkan Alexa Rank | mengenali cara meningkatkan Alexa Rank itu bermaksud bagaimana cara untuk mengecilkan angka Alexa Rank. Ini kerana semakin kecil nilai Alexa Rank maka semakin tinggi ranking dan semakin bagus blog tersebut. Formula dia macam formula sains pun ada, berikut merupakan tipnya:
Memasang Widget Alexa Rank
Untuk menaikkan ranking alexa laman web kita, maka pemasangan widget alexa rank ini sangatlah penting dan wajib! Kerana keajaiban akan berlaku dengan pemasangan widet ini, Indeks Alexa terhadap blog kita akan semakin cepat.
Membuat Artikel Yang Unik
Dalam hal ini, artikel yang unik memang akan memberikan pengaruh yang sangat positif bagi ranking alexa kita. Jika artikel kita tidak menarik maka ranking yang dihasilkan juga sukar untuk naik setinggi KLCC.
Update Artikel Secara Rutin
Update Artikel secara rutin juga merupakan salah satu indikasi utama alexa rank dalam memberikan ranking yang terbaik untk sesuatu blog itu. Sebagai contoh, portal-portal berita seperti Buletin, Sinar, Berita Harian dan Metro. Kesemuanya memiliki alexa yang sangat tinggi kerana sentiasa melakukan update.
Melakukan Pengoptimuman untuk Semua Aritikel
Salah satu sebab yang menjadikan setiap artikel kita mendapatkan trafik tinggi serta dapat bersaing di SERP adalah pengoptimuman artikel. Pengoptimuman juga tidak boleh berlebihan agar hasilnya tidak menjadi negatif.
Mencari Backlink Profil yang Banyak
Salah satu sebab yang menjadikan Alexa Rank kita menjadi lebih bagus dan teratur adalah sebab backlink yang anda telah diindeks Alexa, atau biasanya disebut Alexa Link In. Backlink ini biasanya lebih cepat diperolehi di forum-forum mahupun laman web Dofollow.
Memperbanyakkan Trafik dari Media Sosial
Media Sosial merupakan suatu kuasa atau ruang yang luas yang tiada sempadan. Disamping itu, media social boleh meningkatkan ranking alexa yang lebih cepat berbanding dengan hanya trafik organik saja, atau trafik dari Search Engine saja.
Memasang Meta Alexa di Blog
Meta berfungsi meta tag Bing atau Google untuk mempercepatkan kenaikan ranking alexa kita. Oleh itu, untuk mendapatkannya, kita boleh login dilaman web Alexa blog kita.
Memasang Toolbar Alexa di Mozilla Firefox
Cara in akan memudahkan alexa rank dalam melakukan update Ranking blog kita. Fungsinya adalah untuk mempercepatkan kenaikan ranking alexa blog kita.
Terima kasih bro berkongsi tip ini. Dengan tip ini, diharap ranking Alexa ssya akan terus tinggi sebab dah lama tak update blog/entri.
Kamil Salleh recently posted…Piala Dunia 2014: Deman Piala Dunia Telah Bermula
Sama-sama, kena selalu update tu yg penting.. saya pun biasa biasa je,ada ilmu nak dikongsi akan terus dikongsikan..
kalau part nak kena selalu update yang lemah… malas dan nak ikut mood jee
cik amal recently posted…SPRITZER Boleh minum laa.. Ini buktinya..
hehe..biase la lumrah manusia.. tapi yg penting kite ikhlas dalam penyampaian..tol x? tak perlu sangat nak kejar Alexa baik kejar pahala setiap post kite yg manfaat buat pembaca
Salam ziarah …sedaya upaya cuba ikuti tips di atas, tapi bab meta tag dan meta discription ni memang sis tak faham2 lagi. Boleh jelaskan dengan terperinci tak?
Dja@Sishaza recently posted…HENDAK SERIBU DAYA ..
Salam perkenalan, oh meta tag mesti ada dalam meta description. meta tag tu lebih kurang keywords yang akan meningkatkan seo kita.. so meta description tu tulis la tentang keywords yg org akan cari. Contohlah, kedai makan paling sedap, so dekat meta tag tu pun kena guna kedai makan paling sedap
Jika nak jaga ranking alexa, paling penting, blog mesti update.. Paling malas pun seminggu sekalipun cukup..paling teruk pun 2 minggu sekali. Aku dah kena dah. Itu aku berani cakap.
haah kan, tapi nak maintain update tu yang kena byk pengorbanan..